in

(VIDEO) Kanak-kanak Terperangkap Dalam Mesin Basuh Kerana Gurauan Bapa Saudara

viral kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh

Akibat gurauan yang melampau yang dilakukan oleh seorang lelaki iaitu bapa saudara, seorang kanak-kanak lelaki telah terperangkap dalam sebuah mesin basuh selepas disumbat ke dalamnya hampir 10 minit lamanya di kedai mesin basuh layan diri di Bukit Sentosa, Rawang, semalam.

Menurut laporan, kanak-kanak terbabit telah dimasukkan ke dalam mesin basuh tersebut oleh bapa saudaranya sendiri yang dikatakan hanya bergurau selepas datang ke dobi berkenaan untuk mencuci pakaian diikuti ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Walau bagaimanapun, kejadian berkenaan langsung tidak sedari oleh ibu kanak-kanak terbabit. Lebih menakutkan apabila gurauan bodoh lelaki berkenaan telah menyebabkan pintu mesin basuh berkenaan tidak boleh dibuka selepas kanak-kanak itu disumbatkan ke dalamnya.

Akibatnya kanak-kanak berkenaan telah terperangkap di dalamnya yang kemudiannya rakaman video kejadian tersebut telah diviralkan di laman sosial serta turut memaparkan beberapa orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut cuba membantu menyelamatkan kanak-kanak malang berkenaan.

Walaupun orang ramai cuba membantu untuk mengeluarkan kanak-kanak tersebut tetapi usaha mereka dilihat gagal selepas kesukaran membuka pintu mesin basuh berkenaan.

Menurut keterangan pemilik kedai dobi tersebut, Hazmal Hassan, dia ada menerima panggilan telefon daripada bapa kanak-kanank tersebut yang menghubungi pengurus kedai tersebut ekoran kejadian itu selain untuk menyelesaikan masalah serta ganti rugi akibat kejadian tersebut.

Berdasarkan keterangannya, kanak-kanak tersebut datang bersama ibunya ke kedai dobi layan diri tersebut untuk mencuci pakaian serta bapa saudaranya yang turut menemani mereka. Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba lelaki tersebut memasukkan kanak-kanak itu ke dalam mesin basuh yang kemudiannya tidak lagi boleh dibuka semula.

Orang ramai yang berada di kedai mamak berdekatan turut datang untuk menyelamatkan mangsa serta bertindak memecahkan cermin pintu mesin basuh tersebut selepas kesukaran untuk membukanya semula.

Menurutnya lagi, pintu mesin basuh biasanya akan terus terkunci secara automatik selepas dimasukkan duit syiling ke dalamnya selepas butang start atau mula ditekan untuk memulakan proses pencucian.

Hazmal berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian itu boleh berlaku, namun masalah ini telah menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM3000 serta nyawa kanak-kanak terbabit hampir melayang, katanya.

Kanak-kanak tersebut dikatakan sangat bernasib baik selepas mesin basuh tersebut tidak berputar yang akan menyebabkan kejadian tersebut lebih teruk lagi. Walau bagaimanapun, akibat terlebih muatan mesin itu tidak bergerak seperti biasa.

Berikutan peristiwa itu, Hazmal telah membuat laporan polis supaya tindakan lanjut diambil segera serta siasatan kan dilakukan memandangkan kejadian tersebut telah mengancam nyawa seorang kanak-kanak yang tidak bersalah.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments