in

Tiada Lagi Pendatang Asing Tanpa Izin Mulai 31 Ogos 2018 (PATI)

pati 2018

Sememangnya semenjak berpuluh tahun lalu kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Malaysia menjadi topik hangat dan langsung tidak disukai ramai rakyat Malaysia namun kedatangan mereka semakin hari semakin bertambah sehingga ada yang berkahwin dan beranak pinak di negara kita.

operasi pati
Sumber: Bernama

Beberapa hari lalu, berita yang sering ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen selepas membuat janji dengan mengatakan akan bebaskan Malaysia daripada PATI mulai tarikh 31 Ogos 2018.

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen iaitu Datuk Seri Mustafar Alif berkata, pihak imigresen akan menangkap dan menahan mana-mana PATI dalam operasi berkenaan bermula pada tengah malam pada tarikh yang dinyatakan.

pendatang tanpa izin
Sumber : Berita Harian

‘Semua PATI yang ditahan termasuk majikan yang terbabit tidak akan diberi ‘muka’ dan wajib berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana pihak Imigresen telah pun memberi peluang yang secukupnya terhadap mereka.’

‘Kita akan memulakan Program Serah Diri Sukarela yang dikenali sebagai 3+1 untuk pendatang asing ini datang membayar denda dan diusir pulang semula ke negara asal mereka.’

golongan pati di Malaysia
Sumber : Sinar Harian

Selain itu, PATI yang datang secara haram ke negara ini masih lagi berpeluang untuk menyerah diri sehingga tarikh 30 Ogos ini sebelum pihak Imigresen mengambil tindakan tegar terhadap mereka yang terbabit.

Semoga dengan ketiadaan PATI di Malaysia akan tiada lagi kes-kes yang tidak sepatutnya berlaku yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Sememangnya terlalu banyak kes jenayah yang mengaitkan golongan PATI di Malaysia.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments