in ,

Tiga beranak tinggal dalam stor, tadah air hujan tolak offer rumah sewa Ebit Lew, Pendakwah tetap beri sumbangan lain.

Tiga beranak tinggal dalam stor, tadah air hujan tolak offer rumah sewa Ebit Lew, Pendakwah tetap beri sumbangan lain.

Ebit bertemu dengan dua kanak-kanak yang menjaga bapa mereka. foto FB Ebit Lew
SIAPA sangka masih ada yang hidup serba kekurangan ketika negara pesat membangun.

Menitik air mata membayangkan kehidupan tanpa kemudahan elektrik dan air.

Begitulah juga yang dirasai personaliti dakwah, Ebit Lew yang menyaksikan sendiri keluarga yang hanya menjadikan stor sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan.

Ebit di hadapan stor yang dihuni tiga beranak.

Air mata Ebit jatuh membasahi pipi melihat kesusahan yang dialami dua beradik yang tinggal bersama bapa mereka di Seri Kembangan, Selangor.

“Menangis pagi ni bila jumpa dua beradik berumur 10 tahun dan 12 tahun yang tak sekolah jaga ayah dua tahun kemalangan, tak boleh berjalan.

“Tinggal di stor tanpa elektrik dan air. Hanya tadah air hujan,” tulisnya menerusi satu perkongsian di laman Facebook.

BACA : Untunglah Siapa Bela Kucing,Rupa-rupanya ini Sebab Rasulullah Sukakan Kucing dari Sudut Sains.

Mendengar keluhan keluarga kecil itu terus membuatkan Ebit menahan sebak, lebih-lebih lagi apabila dua beradik itu terpisah dengan ibu mereka sejak kecil.

“Ibunya tak jumpa sejak kecil. Mereka teringin nak cari maknya. Berat ujianmu anak,” katanya.

Ebit meluangkan masa bersama dua anak kecil.

Hanya makan nasi berlaukkan kicap dan telur goreng, itulah juadah tiga beranak itu setiap hari yang sudah cukup membuatkan mereka tersenyum.

Namun jika tidak bernasib baik, mereka terpaksa mengikat perut tanpa sesuap nasi.

“Terharu tengok anak ni hari-hari masak nasi dan goreng telur serta kicap untuk mereka dan ayahnya hari-hari makanan sama.

“Kadang-kadang tak makan sehari kerana tiada duit. Berat ujian mereka tapi sentiasa tersenyum, katanya yang penting dapat jaga ayah. Sayang teramat anak ni pada ayahnya,” katanya.

Ebit bertemu dengan kenalan lama.

Bersimpati dengan nasib mereka, Ebit menawarkan diri untuk menyewakan rumah buat keluarga itu, namun jawapan yang diberikan tidak dijangka.

“Saya nak sewakan rumah. Anak ni kata tak payah susahkan ustaz…. ‘Kami nak berdikari dan kami boleh jaga ayah’.

“Sedih rasa adik berdua ni kuat. Air tadah hujan atau kadang-kadang angkat dari mana-mana,” katanya.

Ebit menyuapkan makanan kepada salah seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, Ebit bersama pasukannya tetap memberikan sedikit sumbangan dan membelikan tilam baharu selain barang dapur dan keperluan lain.

Dalam pada itu, beliau juga turut membantu mendaftarkan persekolahan anak-anak tersebut.

Berat ujian mereka tapi sentiasa tersenyum, katanya yang penting dapat jaga ayah.
EBIT LEW
“InsyaAllah jika ayahnya dah boleh berdikari sedikit nak boleh mula sekolah untuk belajar,” katanya.

Ebit turut tidak menyangka bapa kepada dua anak itu pernah mengenalinya sewaktu belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum ini.

Ebit menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.

“Saya kenal abang ni masa masih belajar di UPM dulu. Allahuakbar. Katanya ‘mula kita kenal, ustaz hadiahkan saya kayu sugi. Sampai sekarang ingat lagi’.

“Tak sangka jumpa pula di sini dalam keadaan begini. Terima kasih ye. Ulang kali ucap terima kasih,” katanya.

Luahan Ebit mengenai tiga beranak ini di laman Facebook miliknya dikongsikan hampr 700 kali setakat ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0