in

Tips Untuk Elak Kereta Bahang Walaupun Dibiarkan Parking Waktu Panas Terik

tips elak bahang panas kereta

Pasti ramai yang menghadapi situasi kereta yang diletakkan di bawah panas terik dibuka pintunya selepas ditinggalkan berjam lamanya sangat panas sehinggakan sewaktu nak pegang stereng kereta pun panasnya menjadi-jadi. Jadi, jalan terbaik anda terpaksa buka kesemua pintu kereta dengan niat untuk membuang haba atau bahang yang ada dan air cond pula dibuka kuat dan maksimum level kerana terlalu panas.

parking kereta bawah panas
Kereta yang diletakkan di tempat tidak berbumbung perlu pastikan Flap Air Cond tidak tertutup.

Sebenarnya ada tips dan cara untuk hilangkan bahang dan haba panas yang terdapat dalam kereta yang ditinggalkan di bawah panas terik. Anda tidak lagi perlu membuka semua pintu kereta dan tak perlu lagi tunggu sehingga keadaan dalam kereta menjadi sejuk. Apa yang penting, mulai sekarang anda tidak perlu lagi meninggalkan kereta dengan membuka sedikit cermin tingkap.

Membuka tingkap cermin kereta untuk hilangkan bahang panas dalam kereta adalah tindakan yang salah kerana selain risiko akan dipecahkan ia juga bahaya kerana terdedah kepada hujan serta habuk dan berbagai lagi yang akan masuk ke dalam kereta sewaktu anda tiada di situ.

Tips Hilangkan Bahang Panas Dalam Kereta

Cara untuk menghilangkan bahang panas kereta yang di parking di bawah panas terik adalah dengan mengikut cara yang dikongsikan dengan menekan fungsi butang yang berikutnya;

Flap air cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.

cara elak panas terik kereta
Anda perlu pastikan Flap Air Cond ditutup sewaktu anda memandu kereta.

Ketika korang sedang memandu sila pastikan korang tutup flap air cond kereta seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Fungsi flat air cond ini adala supaya perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang dalam perjalanan dan pemanduan anda.

Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.

Sewaktu parking kereta pastikan Flap air cond dibuka semula.

Apabila korang nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas terik, jangan sekali anda tutup flap air cond tu. Sebaliknya, korang perlu membiarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap di dalam kereta yang akan mengundang haba dan bahang yang sangat panas.

Baca : Petua Menghilangkan Bau Busuk & Mewangikan Dalaman Kereta Dengan Berkesan

Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak curi kereta kan?

Semoga perkongsian yang dikongsikan di Facebook ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah bahang yang terdapat dalam kereta selepas kereta diletakkan di bawah panas dan tempat yang tidak mempunyai bumbung. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0