in , ,

Tips Penjagaan Rahim & Faraj Yang Sihat (Bertangas dan Meruang)

meruang rendaman faraj wanita bertangas mandi herba

Pasti ramai wanita yang mempunyai masalah berkaitan dengan rahim dan faraj seperti alat sulit berbau, banyak cecair putih, keputihan yang gatal dan pedih, longgar dan ingin ketatkan, jangkitan kuman atau kulat, masalah selepas bersalin, kentut dan banyak lagi yang melibatkan masalah kemaluan yang sangat perlu diberi perhatian.

Mengapa semua itu berlaku? Adakah kerana sebab-sebab yang tertentu atau kerana kita tidak menjaganya? Sebenarnya, berbagai sebab yang boleh berlaku terhadap alat sulit wanita ini selain dari tidak dijaga rapi. Walau bagaimanapun, sebagai seorang wanita adalah perlu wanita itu mencari cara merawat, cara mengatasi, mencegah dan cara menghilangkan semua masalah yang terkait dengan kemaluan wanita iaitu aset yang sangat berharga.

cara ketatkan faraj wanita yang longgar
Masalah keputihan dan gatal di kemaluan sering berlaku pada ramai wanita.

Penjagaan rahim dan alat sulit wanita sebelum berkahwin atau telah mempunyai suami adalah sama sahaja dan mungkin sedikit berbeza dalam beberapa jenis perubatan tradisional yang boleh diamalkan. Namun, di zaman moden ini terlalu banyak produk penjagaan faraj yang dijual di pasaran tetapi sama ada berkesan atau tidak, kita harus mencubanya terlebih dahulu dan pastinya anda perlu melabur sedikit perbelanjaan.

Sebenarnya, cara untuk merawat atau menjaga faraj selain untuk ketatkan alat sulit wanita boleh dibuat dengan mengikut beberapa cara dan petua turun temurun daripada nenek moyang kita yang telah membuktikan cara tradisional sangat mujarab serta berkesan untuk menjaga selain mengembalikan kecantikan yang diinginkan semua wanita.

Sebagai contoh yang dapat dilihat iaitu petua ketatkan faraj dan cara menghilangkan keputihan serta cara membersihkan kemaluan dan rahim boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan yang sangat mudah dicari dan terdapat di rumah.

Empat cara dan petua tradisional yang dikongsikan untuk penjagaan faraj adalah Mandi Serum, Bertangas, Rendaman Faraj dan Meruang. Semua petua ini adalah amalan petua orang-orang dahulu yang telah diwarisi oleh ramai wanita pada zaman sekarang.

Tips Penjagaan Rahim dan Faraj Yang Sihat

1. Mandi Serum

Mandian Serum juga dipanggil sebagai mandi herba. Kebiasaannya mandian ini sering dilakukan oleh wanita yang selepas bersalin iaitu dalam pantang. Walau bagaimanapun, wanita yang tidak berpantang juga digalakkan membuat mandian herba sebegini, lebih-lebih lagi ia sangat sesuai untuk mereka yang banyak angin dalam badan atau urat.

kebaikan mandi herba dan khasiat mandian
Mandi herba adalah proses penjagaan kesihatan dan terbaik untuk wanita selepas bersalin. © Facebook

Untuk membuat dan cara buat mandian herba sendiri ini, berbagai jenis daun-daun yang perlu dipilih dan dikutip sebelum ianya direbus untuk membuat ramuan mandian. Antara jenis-jenis daun yang sering menjadi pilihan pakar perubatan tradisional adalah seperti daun-daun yang berikut;

  • Daun Limau purut
  • Daun Pandan
  • Daun Serai Wangi
  • Daun Mengkudu
  • Daun Kunyit
  • Halia
  • Daun Lengkuas
  • Daun Lemuni

Selain tujuan untuk buang angin dalam badan, kebaikan dan khasiat mandian herba yang terdapat dari berbagai daun itu yang menjadi air rebusan yang dipercayai mampu melancarkan perjalanan darah serta turut mempunyai banyak kebaikan kepada kecantikan kulit wanita yang mengamalkannya.

Mandi serum yang paling ringkas dan simple boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur di rumah sendiri. Bahan tersebut adalah seperti halia, kunyit, halba dan juga daun pandan. Jika anda ingin tahu kebaikan mandi herba dan berkesan atau tidak, anda perlu merasainya sendiri. Ianya seolah-olah anda sedang mandi wap sauna atau SPA Tradisional.

2. Bertangas

Bertangas mungkin juga masih tidak ramai wanita yang melakukannya. Mungkin mereka beranggapan bahawa aktiviti tangas ini sangat leceh atau susah untuk dibuat. Sebenarnya, untuk bertangas sangat mudah iaitu dengan wapkan sahaja faraj anda dengan wap yang terdapat dari bahan-bahan bertangas dalam jangka masa selama 20 sehingga 30 minit sahaja.

herba tangas buat sendiri di rumah
Bertangas mempunyai dua jenis iaitu Tangas Kering dan Tangas Basah. © Facebook

Tangas mempunyai dua jenis tangas iaitu tangas basah dan tangas kering. Untuk tangas basah ianya sangat sesuai pada wanita yang mengalami masalah faraj kering dan juga sesuai untuk wanita yang pre menopaus. Cara bertangas adalah dengan merebus semua herba tangas dan wap dari rebusan herba tersebut dihalakan kepada bahagian faraj atau alat sulit wanita.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa bertangas ini adalah sememangnya amalan orang-orang di zaman dahulu dengan tujuan untuk mendapatkan keadaan faraj yang sangat baik. Aktiviti bertangas juga akan dapat mengeluarkan semua jenis toksin yang dikeluarkan melalui faraj anda iaitu melalui peluh ketika proses bertangas dilakukan.

Untuk bahan-bahan tangas basah yang paling mudah dan ringkas adalah dengan menggunakan daun sirih, manjakani. Manakala tangas kering pula menggunakan manjakani, halia, halba, kunyit dan juga perahan limau. Semua bahan ini sangat mudah didapati dari dapur di rumah.

Baca : Resepi Kesihatan Pelbagai Khasiat Jamu Asam Kunyit Herba Sesuai Untuk Lelaki & Wanita

3. Rendaman Faraj

Rendaman faraj bermaksud faraj perlu direndam ke dalam air rebusan herba terpilih. Antara bahan-bahannya adalah seperti garam bukit, sirih dan juga manjakani.

Resepi rendaman faraj untuk wanita
Wanita digalakkan membuat rendaman faraj sama ada anak dara atau wanita selepas bersalin. © Facebook

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya terus berhati-hati melakukan aktiviti rendaman faraj. Cara untuk merendam ialah anda perlu menunggu air rebusan tersebut sehingga suam. Jangan direndam ketika air masih lagi panas dan berasap.

Rendaman faraj dan tangas ini sangat sesuai untuk alat sulit wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan atau sebagai cara hilangkan keputihan selain sangat mujarab untuk merawat buasir. Untuk mendapatkan aset yang lebih bagus dan terbaik anda disarankan melakukan kedua-dua aktiviti yang sangat berkesan ini.

4. Meruang

Bagi sesetengah wanita yang telah melakukannya pasti akan merasa rugi dan seolah-olah menempah masalah sekiranya tidak buat meruang. Ia diumpamakan seperti longkang yang busuk dan tidak dibersihkan yang menyebabkan ia tersumbat. Begitu juga halnya keadaan dalam lubang faraj kita yang langsung tidak pernah meruang.

teknik dan cara meruang faraj
Meruang faraj dengan betul akan membersihkan dan memantapkan lagi Miss V anda. © Facebook

Sisa air mani dan sisa haid iaitu keputihan pasti akan menempel di ruang dinding faraj. Lama-kelamaan timbullah segala lendir yang berbau sehingga berlakunya kegatalan yang amat merimaskan.

Meruang adalah satu aktiviti untuk membersihkan lubang faraj dengan menggunakan jari telunjuk yang bersih, berkuku tumpul serta bebas dari segala jenis kekotoran yang terdapat pada bahagian jari telunjuk anda.

Kebaikan Meruang Sangat Banyak

  • Ingin tahu rahim jatuh atau tidak? Meruanglah
  • Nak tahu faraj grip atau tak? Meruanglah
  • Nak tahu dah boleh mandi wajib atau belum? Silakan meruang

Apakah pendapat anda tentang semua cara yang dikongsikan di atas untuk kebaikan alat sulit wanita? Adakah anda perlu membuat pelaburan yang banyak untuk mendapatkan aset yang terbaik dan ummpphh? Sebenarnya, tidak. Langsung tidak memerlukan duit yang banyak.

set bertangas di pasaran
Set bertangas juga ada dijual untuk mereka yang berkemampuan. © Jana Herba

Inilah yang sebenarnya antara cara yang berkesan untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat dari segi luaran. Semua ini memerlukan kerajinan dan bukannya malas. Jika anda mahu, anda perlu lakukannya dan tiada siapa yang akan marah atau memaksa jika anda mahu lakukan. Apa yang penting anda perlu berusaha untuk mendapatkan kecantikan aset dan kebaikan untuk diri sendiri.

Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0