in

Tips Penggunaan Air Cond Yang Sejuk Tapi Bil Elektrik Tak Tinggi

cara menjimatkan air cond

Pasti ramai yang merungut pada setiap bulan apabila mendapat bil elektrik di rumah melambung tinggi dan hampir tiap-tiap bulan pembayaran bil elektrik semakin mahal lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan air cond atau alat penghawa dingin di rumah. Penggunaan aircond juga adalah antara sebab utama bil elektrik anda tinggi.

cara setting remote aircond
Antara jenama aircond terbaik adalah York, Panasonic, Samsung, Sharp, Midea, Acson, Pensonic dan lain-lain.

Air cond juga antara peralatan elektrik yang perlu ada di semua rumah dan untuk mereka yang memerlukan mengikut kemampuan masing-masing. Penggunaan aircond setiap hari mungkin juga antara faktor utama yang menyebabkan bil bulanan elektrik semakin tinggi sehingga membebankan.

Jadi, apakah cara jimatkan air cond dan penggunaan elektrik setiap bulan untuk mengurangkan pembayaran bil elektrik? Sebenarnya, ada cara yang berkesan untuk menjimatkan penggunaan air cond dengan cara yang betul. Berikutnya adalah perkongsian di Facebook tentang cara dan tips penggunaan air cond yang sejuk supaya bil eletrik tidak melambung tinggi.

Tips Penggunaan dan Penjimatan Air Cond

cara guna remote aircond
Aircond juga wajib dicuci atau diservis setelah lama digunakan.

Pertama sekali cara jimat aircond adalah dengan tetapkan mod penghawa dingin kepada mod Kering/Dry. Untuk pengetahuan, kompressor alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga eletrik yang tinggi apabila anda tetapkan suhu bilik di bawah 24°C. Di dalam mod Kering/Dry ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka kompressor alat penghawa dingin tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini.

Harap maklum bahawa penggunaan eletrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan mod Sejuk/Cool dengan suhu 16°C. Jadi, pada waktu malam, disarankan supaya anda menetapkan sahaja alat penghawa dingin anda pada mod Kering/Dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Tidak perlu dirisaukan akan berasa panas dengan suhu 25°C kerana udara dingin akan terkumpul di dalam bilik anda dan suhu semakin menurun sehingga subuh pada waktu malam.

suhu aircond paling sejuk
Sesetengah telefon boleh digunakan sebagai remote aircond atau penghawa dingin.

Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan badan dengan suhu persekitaran. Sebab itu, orang yang duduk di Iceland itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C. Ini kerana badan mereka sudah terbiasa dengan suhu persekitaran.

Itu sajalah perkongsian saya, semoga bermanfaat. Cubalah dulu, kalau tak sejuk juga, maksudnya anda perlu membeli aircond baru inverter. Confirm jimat. – Nael Sahlan

Baca : Cara Jimat Elektrik Di Rumah Dengan Berkesan (Tips dari TNB)

Perkongsian tips daripada lelaki ini mengapa aircond tak sejuk telah membuktikan bahawa setiap pengguna lebih jimat sekiranya boleh setting remote aircond dengan betul dan yang paling penting anda perlu tahu cara guna remote aircond yang boleh didapati melalui buku kecil yang disediakan dalam setiap kotak bungkusan air cond yang dibeli.

Selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0