in

(VIDEO)Toyota Vios Dipandu Laju Sebabkan SUV Jatuh Ke Dalam Laut

kemalangan kereta toyota vios

Viral di laman sosial sebuah kereta jenis SUV dilaporkan tercampak ke dalam laut setelah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang terbabas di lokasi Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang yang menuju ke Seberang Perai.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malasysia (JBPM) negeri Pulau Pinang, kejadian tersebut berlaku pada pukul 2.50 pagi dan pihak bomba telah menerim satu panggilan berkaitan dengan insiden tersebut.

Selepas pihak bomba dikerahkan ke tempat kejadian, mereka mendapati kereta Toyota Vios tersebut dalam keadaan remuk teruk di bahagian depan serta belakang. Manakala sebuah kenderaan lagi dilihat telah terjatuh ke dalam laut.

toyota vios jatuh dalam laut
Keadaan kereta Toyota Vios selepas kemalangan berlaku. – Kosmo

“Kita bekerjasama dengan polis marin bagi misi mencari dan menyelamat. Bot digunakan di lokasi kejadian untuk mencari kenderaan terbabit,” katanya, lapor Harian Metro.

Menerusi rakaman video yang diambil melalui Dashcam yang memaparkan kereta SUV yang berwarna putih tersebut dipandu di lorong sebelah kanan. Walau bagaimanapun Toyota Vios dipandu laju untuk memintas kereta SUV berkenaan bergerak ke lorong tengah sebelum memasuki ke laluan kenderaan saksi kejadian.

Pemandu terbabit dilihat telah gagal mengawal kenderaannya yang akhirnya terbabas lalu melanggar di bahagian tepi kiri kereta SUV tersebut sebelum ia terbalik beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam laut.

Sebuah kereta terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang

[VIDEO] Detik-detik mencemaskan ketika kejadian sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kereta di KM4 Jambatan Pulau Pinang awal pagi tadi.Klik https://bit.ly/2AST2X4 untuk berita penuh.

Posted by Kosmo Online on Sabtu, 19 Januari 2019

Rata-rata netizen yang melihat rakaman tersebut masing-masing mempunyai pendapat tersendiri sehingga ada yang mengatakan pemandu Toyota Vios itu sengaja memecut laju dan ingin menempah maut.

Walau apa sekalipun pendapat dan komen netizen, sebaiknya jadikan kejadian kemalangan sebegini sebagai pengajaran kepada semua pemandu kenderaan di Malaysia agar selalu berhati-hati ketika memandu dan wajib menjaga etika pemanduan masing-masing agar kejadian serupa tidak lagi berlaku.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Loading…

0

Comments