in

Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam

hukum trade in emas tambah duit

Kebanyakan kaum perempuan sememangnya rambang mata dan amat suka dengan gelang atau rantai emas yang semakin hari semakin banyak dijual di pasaran. Lebih-lebih lagi bermacam rekaan terbaru yang diiklankan di merata media sosial lalu teringin nak trade in emas.

Apatah lagi kalau dihidangkan dengan rekaan emas terkini seperti tali kapal, ekor kucing, jagung, pulut dakap dan berbagai lagi sehingga ramai kaum wanita ingin mendapatkannya serta sanggup trade in emas yang dipakai.

Biasanya, transaksi trade in emas lama kepada emas baru sekiranya harga barang kemas tersebut lebih daripada barang yang di trade in, kita akan tambah saja. Namun, dalam Islam cara ini mengikut hukum adalah haram kerana ada unsur riba.

Perkara ini jelas telah diterangkan melalui Hadis Riwayat Muslim yang mana Nabi Muhammad SAW telah bersabda berbunyi begini:

hukum trade in emas dalam islam

Cara Elak Riba Ketika Trade In Emas

Bagaimana cara untuk mengelak daripada terjebak atau terjadinya unsur riba ketika nak trade in emas lama kepada emas baru supaya tidak menjadi dosa atau haram dalam Islam?

cara elak riba atau syubhah

Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Marzuki, cara untuk elakkan daripada terjadinya unsur riba ketika membuat transaksi trade in emas lama dan emas baru yang biasanya harga yang baru lebih mahal adalah dengan cara:

Si pembeli atau diri kita harus menjual emas miliknya dulu, kemudian barulah diambil duit hasil daripada jualan emas tersebut. Kemudian, si pembeli membeli barang kemas yang baru berkenaan.

Dengan cara yang dibuat di atas adalah hasil daripada apa yang telah diajarkan kepada seluruh umat Islam di dunia oleh Nabi Muhammad SAW iaitu:

hukum beli emas secara ansuran

hukum trade in emas ustaz zaharuddin

Ada perkara yang anda wajib tahu tentang emas kerana ia termasuk dalam kategori barang ribawi atau unsur riba. Barang ribawi adalah benda yang boleh berlaku riba pada transaksi pertukaran atau jual beli.

Baca : Mak Aku Kena Pukau Dengan 4 Individu, 3 Cincin Emas & Duit Hilang

Ada tiga syarat yang wajib semua orang Islam patuhi sekiranya ingin membuat pertukaran emas dengan emas supaya ia tidak berlakunya riba atau syubhah iaitu:

  • Mestilah sama berat timbangannya.
  • Ia haruslah tunai dan tidak boleh secara berhutang.
  • Diserahkan dan diterima dalam satu masa (Lani), maka tidak dibenarkan menangguhkan masa penyerahan.

Perkara ini juga telah diterangkan secara jelas melalui hadis berikut yang wajib kita ketahui iaitu:

hukum riba dalam jual beli emas

Sekarang barulah kita tahu, haram trade ini emas dan tambah duit trade in beli emas baru. Hukumnya haram ada syubhah iaitu riba.

Kalau nak beli emas baru, kena jual dulu emas lama dan pegang duit dulu duit emas yang telah dijual itu tadi dan baru boleh beli emas yang baru.

Hukum jadi haram jika trade in emas ambil emas baru tambah duit, sebabnya ada unsur riba di situ. Ingat ya! Emas perlulah dijual terlebih dahulu sebelum trade in.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0