in

Transfer Duit Guna Telefon Tanpa Nombor Akaun Bank Percuma (DuitNow)

Kaedah transfer duit tanpa nombor akaun bank

Mungkin masih ada yang belum tahu tentang cara transfer duit atau memindahkan wang serta terima duit tanpa perlu ada nombor akaun bank tetapi dengan hanya menggunakan nombor telefon saja secara percuma dan tak perlu bayar kos transaksi dengan DuitNow.

Sistem perbankan internet terbaru iaitu perkhidmatan DuitNow kini boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia dengan menggunakan telefon mudah alih yang turut disokong oleh 14 institusi bank di negara kita yang memudahkan transaksi pemindahan wang atau transfer duit dari akaun bank.

Cara untuk transfer dan terima duit secara serta merta dan terjamin selamat ini boleh dibuat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima duit ingin anda pindahkan. Dengan aplikasi DuitNow anda kini tak perlu lagi untuk ingat nombor akaun si penerima.

Aplikasi trasnfer duitnow
Kredit : DuitNow

Walau bagaimanapun, untuk menggunakan perkhidmatan ini iaitu mereka yang akan menerima pemindahan wang harus mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menerima duit yang dipindahkan. Pendaftaran pula sangat mudah dan hanya sekali saja mendaftar dengan nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun bank anda.

Berikut adalah perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Aliah Mohd Nor iaitu cara transfer duit secara percuma menggunakan perkhidmatan DuitNow tanpa perlu ingat nombor akaun bank penerima.

Cara Transfer Duit Guna Nombor Telefon dan DuitNow

Teknik Terbaru Untuk Transfer Duit Secara Percuma Je Tanpa Perlu Guna Nombor Akaun Bank. Share!

Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu ada cara paling mudah nak transfer duit ni iaitu menggunakan DuitNow.

Di sini Lia kongsikan apa itu DuitNow supaya kita semua boleh faham dan boleh mula guna dari sekarang. DuitNow ni merupakan cara baru untuk membuat bayaran melalui NOMBOR TELEFON.

Proses pemindahan duit ini cepat, selamat dan percuma je.

Sebanyak 14 bank di Malaysia sokong dengan penggunaan DuitNow ini! Jadi boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia untuk transfer duit. (rujuk pada gambar).

Senarai Bank Yang Tawarkan Perkhidmatan DuitNow

bank yang guna duitnow
Antara bank-bank yang menyokong perkhidmatan DuitNow.
  • Ambank (M) Berhad,
  • Bank Islam Malaysia Berhad,
  • Bank of China (Malaysia) Berhad,
  • BNP Paribas Malaysia Berhad,
  • CIMB Bank Berhad,
  • Citibank Berhad,
  • Hong Leong Bank Berhad,
  • HSBC Bank Malaysia Berhad,
  • Malayan Banking Berhad,
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad, .
  • Public Bank Berhad,
  • RHB Bank Berhad,
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dan
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad.

Kerajaan sekarang tengah usaha untuk ke arah ‘cashless’ dengan adanya DuitNow ni. Seperti dompet elektronik, e-wallet, boost.

Lepas ni tak perlu dah kita tanya nombor akaun bank orang sebab dengan nombor telefon je dah boleh transfer.

Kelebihan DuitNow

  • Boleh transfer bila-bila masa
  • Tak perlu lagi reveal nombor akaun bank
  • Mudah transfer guna nombor telefon
  • Tak ada caj tersembunyi
  • Boleh transfer sehingga 100K untuk personal dan 100 juta untuk bisnes

Jadi Lia nak kongsikan cara untuk kita buat pemindahan duit atau transfer guna DuitNow ini di Maybank2u. Boleh lihat gambar-gambar di bawah ya.

Panduan Transfer Duit Guna DuitNow Maybank2U

cara buat pemindahan duit maybank2u
Login ke aplikasi Maybank2u seperti biasa.
Cara transfer duit guna telefon
Klik transfer seperti dalam gambar.
Cara guna Maybank2u baru
Klik transfer via DuitNow.
cara bank in duit online
Klik new transfer.
Guna maybank2u mobile
Masukkan nombor telefon bimbit.
pemindahan duit guna duitnow saja
Masukkan nombor telefon penerima duit.
cara cara guna m2u
Masukkan jumlah wang yang nak dipindahkan.
Aplikasi duit now untuk perkhidmatan pemindahan duit.
Klik continue untuk teruskan langkah seterusnya.
mobile banking with application.
Klik pada butang proceed menandakan anda berjaya.
rezeki tanah merah
Sila pasti jumlah dan nombor telefon itu betul dan klik confirm dan transfer.
telan duit guna hp
Sila klik approve untuk mengesahkan transaksi.
Duitnow application
Your transfer is successful, anda telah berjaya.
pembayaran maybank
Jika berjaya ia akan tunjukkan seperti dalam gambar.
cara mudah memindahkan duit
Anda telah pun berjaya sepenuhnya buat pemindahan duit guna DuitNow.

Baca : Walaupun Perniagaan Kecil, Jangan Guna Akaun Simpanan Tapi Akaun Semasa

Nota tambahan : Selain nombor telefon, nombor IC pon boleh guna juga untuk transfer. Tapi Lia tak galakkan guna nombor IC sebab private & confidential.

Nota tambahan 2 : Penerima dapat duit di akaun bank mana? Macam mana nak tahu? Penerima akan dapat dekat bank yang dia register DuitNow. Biasanya CIMB dah tolong register kan.

Silakan LIKE, SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini iaitu cara pemindahan duit guna DuitNow melalui telefon bimbit. – Nur Aliah Mohd Nor

Semoga perkongsian panduan dan cara transfer duit menggunakan DuitNow dan telefon bimbit ini akan membantu anda semua. Semoga bermanfaat.

 

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments