in

Tutup logo tali pinggang, Hafiz Mahamad dipuji tak menunjuk-nunjuk

Tutup logo tali pinggang, Hafiz Mahamad dipuji tak menunjuk-nunjuk

Siapa tidak mengenali Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina? Pasangan usahawan selebriti ini sering berkongsi gaya hidup positif dalam menjalani kehidupan suami isteri di media sosial.

Terbaru, Hafiz meluahkan perasaan sayang terhadap isterinya yang baru selesai berpantang di kampung selepas menimang cahaya mata kedua mereka.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, usahawan berusia 28 tahun itu berkata, dia meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak dengan melakukan pelbagai aktiviti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Cantik sangat dia semalam, lepas pantang dah macam anak dara dah hehe. Harini last day dapat spend time dengan dia & anak anak.

“Dia baru habis pantang, sebulan juga dekat kampung. Waktu pantang, saya tak dapat nak teman dia sepenuhnya.

“Bila dah habis pantang ni, semalam ajak dia keluar pergi breakfast, mani pedi hehe nak rewardmummy. Rindu sangat dating!,” tulisnya baru-baru ini.

Hafiz berkata, dia akan merindui isteri serta anak-anak kerana perlu ke Indonesia atas urusan kerja untuk beberapa minggu sekali gus menitipkan pesanan buat keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Duduk tenung je muka dia & anak anak, muka ni la saya rindu nanti sebab perlu ke Indonesia, 2-3 minggu juga kerja dekat sana.

“Harap mummy & baby semua doakan daddy tau. InsyaAllah, daddy nak mencari rezeki & mencipta

“Kejayaan Demi Kebahagiaan” di negara orang pula.

“I love you so much sayang,” luahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebahagiaan pasangan tersebut selain mendoakan hubungan Hafiz dan Aina berkekalan hingga ke syurga.

Bestnya dapat suami hargai isteri

Logo LV pun ditutup

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 24 November 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raisya Arisa, 3, dan Rayqal Arees yang berusia tiga bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad 

 

 

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0