in

Rider Superbikes Dikatakan Sengaja Tutup Nombor Plat Elak Dirakam AES

elak dirakam AES tutup nombor plat

Tular di laman sosial satu rakaman video sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai daripada negara jiran iaitu Singapura telah memasuki Malaysia dengan menutupkan nombor pendaftaran kenderaan mereka dengan sengaja.

Menurut sumber, semua penunggang motosikal berkenaan sememangnya sengaja berbuat demikian dengan niat ingin mengelakkan daripada dirakam nombor pendaftaran motosikal mereka daripada kamera AES atau Sistem Pengawasan Automatik yang terdapat di jalan raya.

Viral superbikes elak AES
Sekumpulan rider motosikal berkuasa tinggi yang dirakam menutup nombor plat mereka.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video tersebut yang dimuatnaikkan oleh seseorang di media sosial Facebook mempunyai pendapat dan kenyataan mereka masing-masing. Ada yang mengatakan mereka kedekut sedangkan dari negara yang mempunyai mata wang yang lebih besar.

Ada juga berpendapat, menerusi video tersebut sememangnya sangat jelas memaparkan bahawa rakyat Singapuran berkenaan telah melanggar peraturan lalu lintas di Malaysia. Apakah kesalahan mereka itu, anda tonton dan lihatlah sendiri.

Walau bagaimanapun, ada juga berpendapat puluhan penunggang motosikal berkenaan mempunyai hak mereka yang tersendiri untuk menutup atau mengelakkan daripada dirakam kamera AES memandangkan sekiranya disaman mereka perlu membayar denda tersebut.

Beberapa netizen juga dilihat turut mendesak para pihak berkuasa di Malaysia agar segera mengambil tindakan undang-undang memandangkan mereka telah membuat kesalahan lalu lintas dengan sengaja.

Walau apa pun pendapat semua, mungkin pihak berkuasa sedang memerhatikan dan akan berbuat sesuatu supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments