in

‘Nasi, Telur Masin, Ikan Keli dan Semua Separuh, Jaga Badan’ – Tweet Ahmad Maslan Tarik Perhatian dan Hiburkan Netizen

Datuk Ahmad Maslan

Media sosial Twitter jadi kecoh tiba-tiba selepas Datuk Ahmad Maslan pada waktu makan tengah hari tadi, beliau memuat naik satu posting bergambar yang memaparkan menu makan tengah harinya di pejabatnya yang menarik perhatian netizen.

Ahmad Maslan
Tweet Datuk Ahmad Maslan

“Makan tengah hari nasi bungkus di ofis. Nasi separuh, telur masin separuh, ikan keli separuh, sayur sedikit. Jaga badan dgn jaga makan.

“Beringat sebelum kena. Moga Allah sihatkan badan jadi dapat beri khidmat kepada rakyat dengan berkesan.

“Balik kerja nak bersenam. 3 hari tak sempat. Sibuk!” tulis Ahmad Maslan di laman Twitter miliknya.

Datuk Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
Menu makan tengah hari Datuk Ahmad Maslan yang jadi perhatian netizen.

Melalui perkongsian yang dikongsikan, rata-rata netizen turut memberikan berbagai reaksi dan pendapat berkaitan dengan menu tengah harinya itu. Malahan ada yang turut memuji akan rambutnya yang disifatkan sentiasa segak bergaya dan kemas sepanjang masa.

BACA JUGA : Netizen Diminta Hentikan Fitnah Kepada Nescafe, Milo & Sunquick  Dr. Rafidah Abdullah

Ada juga yang memuji kehebatan Datuk Ahmad Maslan apabila walaupun dalam kesibukan dengan tugas sempat lagi untuk memuat naik status di Twitter dan yang paling membanggakan katanya adalah kekemasan rambutnya itu yang sentiasa dijaga rapi atau belah tepi.

Komen netizen dari Twitter Datuk Ahmad Maslan
Antara komen netizen ditujukan pada Datuk Ahmad Maslan
Pertanyaan netizen kepada Datuk Ahmad Maslan

“Bang Mat sepatutnya layak jadi PM. Pernah merasa perit derita rakyat dengan makan nasi bungkus je. Hidup bang mat.”@Koyotitos

“Berjiwa rakyat sangat ni. Syukur ada menteri yang memahami denyut nadi rakyat.”@Ibnu_M77

Dan kami tertarik dengan komen yang diutarakan oleh seorang netizen ini.

Saya sebagai seorang rakyat yang mengagumi datuk. Soalan saya bagaimana datuk membahagikan masa diantara memasak, bermain dengan kucing dan juga mengawasi lebih daripada 700 group Whatsapp?”@Eggman

Sayangnya, pada ketika ini soalan yang diajukan oleh netizen ini belum lagi dibalas oleh Datuk Ahmad Maslan dan mungkin beliau terus sibuk dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments