Beberapa jam yang lalu, Dato’ Aliff Syukri, jutawan kosmetik terkenal di Malaysia telah memuat naik gambar official lyric video untuk lagunya itu yang berjudul ‘Abang Nak Tegur‘ menerusi laman sosial Instagram dengan kapsyen yang kelihatan kecewa dan sedih kerana jumlah unlike keseluruhan lebih banyak dari LIKE.
“Abang nak tegur? Kenapa orang tekan button UNLIKE kat YouTube lirik video saya?” tulisnya di Instagram.
Melalui gambar tersebut, video miliknya itu hanya mendapat 5000 LIKE sahaja berbanding UNLIKE berjumlah 25,000 semenjak video tersebut dimuat naik pada tarikh 23 November lalu.
“WAH! Ini satu kegagalan yang besar dalam planet industri muzik!” kata netizen.
Pertanyaan dan persoalan jutawan tersebut dilihat seolah-olah membuka peluang bagi netizen untuk memberikan pandangan masing-masing berkaitan dengan video berkenaan. Lebih kurang 2,000 komen dan pendapat yang ditulis netizen di ruangan komen yang rata-rata daripada mereka berpendapat bahawa lirik lagu tersebut tidak menarik walaupun alunan muziknya dilihat agak rancak.
Lebih melucukan, ada beberapa netizen turut mengatakan bahawa suara Sajat tidak diperlukan dalam lagu berkenaan. Malahan, segelintir daripada mereka turut menerangkan mengapa netizen tekan button UNLIKE, kerana ianya bermaksud tidak suka, jadi button itu harus ditekan yang menunjukkan mereka tidak menyukainya.
Dalam perkembangan terkini. Aliff Syukri dilihat sedang membuat perbincangan dengan Yusry KRU berkaitan dengan konsep video klip lagunya itu dan sekali lagi beliau meminta pandangan dari netizen.
Rata-rata netizen dilihat membuat permintaan agar Aliff menggantikan Sajat dengan isterinya sendiri supaya video klip tersebut nampak lebih menarik.
Selain itu, netizen juga dilihat sangat terhibur dengan video parodi yang turut dinyanyikan oleh Jihan Muse dan Bell Ngasri.
Loading…