in

Ramai Ibu Bapa Tak Mahu Beri Vaksin Pada Anak Kerana Dakyah Sesat

Terlalu banyak kempen dan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengalakkan semua ibu bapa agar memberikan suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka semenjak beberapa lama dulu. Walau bagaimanapun, dek kerana kemunculan bermacam dakyah dan rekaan cerita usaha tersebut gagal sehingga perkara ini menjadi semakin parah.

Ramai ibu bapa hanya mengharapkan informasi dari enjin carian Google saja tanpa merujuk kepada doktor atau mereka yang pakar berkaitan dengan antivaksin lalu beberapa penyakit berjangkit yang kini kembali menular di kalangan kanak-kanak di negara ini.

Perkongsian dari doktor yang bernama Dr Fatinah Abdul Salam ini mungkin akan membuka mata ramai ibu bapa apabila beliau berkongsi pengalamannya yang menyaksikan sendiri 4 kanak-kanak yang menghidap penyakit berjangkit akibat ibu bapa degil untuk memberi vaksin terhadap anak mereka.

Kenapa Perlu Beri Vaksin Pada Anak

Anggaplah saya seorang saksi, bukan seorang doktor, bersiap sedialah, entri saya panjang.

imunisasi wajib untuk bayi
Diphteria anti-toksin yang berharga hampir RM500 sebotol.

Inilah dia rupa diphteria anti-toksin, satu botol hampir RM500, kami gunakan empat botol untuk satu = RM 2000. Dan tak semua hospital ada anti-toksin ini. Dengan harapan dapat menyahkan toksin yang dihasilkan oleh corynebacterium diphteriae species atau mudah kita panggil diphteria.

Saya telah bekerja di hospital selatan tanah air ini sejak 2017. Saya saksikan kes demi kes. Makin lama makin banyak. Saya jadi kaget, tak tahulah, mungkin sepanjang sembilan tahun belajar dan menjadi doktor pelatih di hospital universiti, katil limited, jadi mungkin sebab itu tak banyak kes kami dapat.

Tiada langsung kes diphteria. Pernah juga buat attachment di Hospital Teluk Intan selama sebulan, di Slim River sebulan, HKL sebulan, satu pun tak ada. Mungkin satu bulan itu tempoh yang sekejap dan mungkin tempat kerja saya sekarang adalah pusat rujukan di selatan. Sebab itu kes diterima lebih banyak atau pun kadar antivaksin lebih banyak. Baiklah, wallahualam. Saya mahu bersangka baik sahaja.

Tahun 2018, saya menyaksikan empat kes diphteria. Semuanya tidak diberikan vaksin. Tiga meninggal dunia dalam masa 2-4 hari di ICU, semua lingkungan umur masih kecil walaupun anti-toksin telah diberikan. Hanya satu sahaja hidup, budak berusia lingkungan 9-10 tahun tetapi throat swabnye pseudodiphteria, juga menerima anti-toksin.

Saya menjadi risau kerana kini, pada tanggal 18 Februari 2019, datang lagi satu kes diphteria, confirmed. Tetapi apa yang saya lebih risaukan ialah jarak kes sekarang dan kes lepas adalah dua bulan. Jika anda masih ingat tular di akhbar harian mengenai seorang bayi meninggal dunia disebabkan diphteria adalah bulan 10, bulan 12, kami terima lagi dan kemudian kanak-kanak 9-10 tahun itu, kes terbaru kami pada bulan ini. Lebih-lebih lagi tular gerakan anti-vaksin lebih banyak di area Skudai.

Oh ya, kes terbaru ini juga kini kritikal di pediatrik ICU. Saya saksikan kami telah melakukan yang terbaik untuk anak ini. Memandangkan hospital kami cuma tinggal dua botol anti-toksin, kami telah dapatkan dua botol lagi dari Kuala Lumpur. Susah payah penat kami abaikan, risiko berjangkit dengan kami pun kami abaikan demi kelangsungan hidup anak ini. Doakanlah anak ini.

kepentingan vaksin pada anak
Vaksin sangat penting dan perlu diberikan pada anak jika perlu.

Jika anda menyeru dengan #educatebeforevaccine, mulakanlah dulu #educateifnotvaccinated. Saya percaya, anda semua golongan terpelajar, beragama, janganlah anda menafikan hak-hak orang lain hanya kerana pendapat atau hak anda. Duduklah di hospital selama setahun, saksikanlah apa yang saya telah saksikan.

Saya harap penulisan saya ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada netizen-netizen yang masih berkira-kira nak vaksinkan anak mereka.

Sekian,
Fatinah Abdul Salam
Dari selatan tanah air
19/2/2019

Semoga perkongsian doktor ini akan membuka pintu hati semua ibu bapa untuk beri vaksin pada anak mereka di masa depan. Jangan terlalu taksub dengan berita yang tidak tahu tentang kesahihannya. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments