in

Vellfire Dihimpit Bas, Ramai Komen Puas Hati ~ “Ni makan nya kalau suka parking ikut suka hati”

vellfire dihimpit

“Puas hati tengok video ni. Ni makan nya kalau suka parking ikut suka hati dekat Midvalley sampai menyusahkan orang lain. B*d*h tak bertempat, harap je pakai kereta besar tapi otak langsung tak function.”

Begitulah luahan kesal sebuah akaun di Twitter berkaitan video yang dikongsikannya. Video tersebut memaparkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dihimpit bas sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kenderaan terbabit.

Menerusi perkongsian asal oleh @ayin8686 itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-baru ini.

Baca Juga: Tidak Puas Hati Pembahagian Harta, Ibu Berusia 68 Tahun Dikerat 15 Bahagian!


Vellfire Dihimpit Bas, Ramai Komen Puas Hati 

Semalam, video tersebut sekali lagi tular di Twitter selepas dimuat naik oleh portal Isu Semasa Viral dengan memaklumkan punca kejadian disebabkan pemandu MPV terbabit meletakkan kenderaan di ruangan larangan parkir sehingga menghalang laluan pengguna lain.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih kurang 3,244 retweet dan 3,707 likes serta menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya berpuas hati dengan insiden yang berlaku itu.

Dalam video tersebut, kenderaan Toyota Vellfire tersebut sedang parking di tepi jalan yang mana kawasan tersebut dipercayai adalah kawasan larangan meletak kenderaan untuk memberi kenderaan seperti bas. 

Bas tersebut menghimpit kenderaan Toyota Vellfire tersebut kerana kesukaran untuk meneruskan perjalanan akibat laluan yang sempit. 

“Ingat kau kereta besar, mahal, kau boleh park sesuka hati mak bapak kau. Makan dinding bas jawabnya”

“Nasib baik bas, kalau lori kontena ke mahu jadi kancil dibuatnya, kalau aku la, bawa lori simen, tuang atas kereta, nak parkir sangat tempat dilarang parkir”

“Bagus kena macam ini, biar beringat sikit pada pemandu yang suka susahkan orang lain, ingat jalan dia boleh parkir suka hati, tepuk tangan aku tengok insiden macam ini”

Baca Juga: Daie Syed Dibebaskan 20 Tahun Hukuman Penjara, Ada Yang Tak Puas Hati??


Sisi Belakang Vellfire ‘Tersiat’

vellfire

Kelihatan bahagian sisi belakang kenderaan Toyota Vellfire tersebut seperti “tersiat” akibat himpitan yang berlaku. Namun, tiada pemandu yang kelihatan turun untuk memeriksa keadaan kenderaan tersebut yang terakam di dalam video tular itu. 

Berikutan itu, ada pengguna Twitter yang turut menyatakan bahawa, tabiat parking di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyusahkan pengguna jalan lain sudah sering berlaku di kawasan tersebut, 

“Area mid valley tu memang banyak kereta vellfire park tepi jalan. Driver hantar bos pergi shopping kat the garden then park tepi tunggu boss. Ahahahaha b*do vallet parking kat mid valley tu berapa sen lah sangat.”

Malah bukan sahaja di kawasan pusat beli belah tersebut, di kawasan pusat beli belah yang lain juga berlaku perkara yang sama. 

“Bukan setakat midvalley…tgk dekat the curve pun byk kereta mahal2 parking tepi. Takkan xde duit nak bayar rm2 utk parking? Hurrmmm…”

Selain itu, ada juga pengguna Twitter yang lain menceritakan peristiwa lain yang hampir sama pernah berlaku sehingga menyebabkan ramai orang tertinggal solat Jumaat. 

“Pernah terjadi di depan mata dekat Masjid ArRahman UM. Ramai org tak dapat solat sebab ada beng*ng camni parking makan jalan sampai bas tak boleh lalu masuk UM. Endup jalan stuck and ramai gila tak boleh parking pegi solat sbb sangkut tengah jalan.”


“Repair Pakai Maggi, Setel La”

Tidak kurang juga ramai yang bergurau serta memerli pemilik kereta tersebut untuk membaiki kenderaan itu dengan menampal maggi. 

“selepas dok banyak sangat aku tegok video orang tampal pakai megi sampai aku dok fikir ‘nothing megi can’t fix’😂”


Tak Dapat Claim Insurance

Berikutan itu, kenderaan tersebut dikatakan tidak akan dapat claim insurans disebabkan meletakkan kenderaan bukan di tempat sepatutnya. 

Sekiranya dilaporkan ke pihak polis, ada kemungkinan pemilik kenderaan akan turut di saman kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah. 

“Kalau tak silap, kereta yg damaged sebab parkir kat tempat x sepatutnya parkir, takleh claim insurance. Kena byr out of pocket. Habislah.”

vellfire


Jadikan Pengajaran 

Dalam video tersebut, pengguna Tik Tok (@ayin8686) juga turut menasihatkan agar orang ramai berhati-hati dan mencari tempat letak kenderaan yang selamat untuk memudahkan urusan diri sendiri dan orang lain. 

vellfire dihimpit

Sumber: https://twitter.com/isusemasaviral/status/1533469404574662656

 

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0