in

(VIDEO) “Doktor Telah Lakukan Semampu Mereka, Hanya Tuhan Yang Boleh Tolong Kami,” Dua Rakyat Malaysia Cedera Parah

kemalangan

Dua rakyat Malaysia yang bekerja di Lapangan Terbang Changi, Singapura sebagai pegawai keselamatan cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Seletar (SLE) sekitar pukul 10.30 pagi.

Mangsa, Danny Raj Muniappan, 24 dan R.L Trivikram, 21, dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka di Johor Bahru sebelum merempuh belakang sebuah kereta rosak yang berhenti di lorong kanan lebuh raya.

Video menunjukkan motosikal yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah kereta yang menyalakan lampu kecemasan menyebabkan penunggang terhentak kemudian terhenyak di bahagian belakang kereta tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=YHRf3cEMpGg

Sementara itu, pembonceng, Trivikram, terlihat melambung di udara dan tercampak beberapa meter kehadapan.

Kedua mangsa mengalami cedera parah dan dikerjarkan ke Hospital Khoo Teck Puat lapor The Star Online.

Bapa kepada Danny, Muniappan Govindaraju berkata anaknya mengalami cedera parah dimana lengan kiri, kaki kirinya patah dnn masih belum sedarkan diri.

Trivikram mengalami tulang pinggul retak dan patah kaki. Mangsa sudah sedarkan diri tapi masih belum mampu bercakap.

“Doktor sedang melakukan semampu mereka, hanya tuhan yang boleh tolong kami sekarang,” ujar Govindaraju yang masih belum dapat menerima hakikat anaknya terlibat dalam kemalangan.

Polis masih menjalankan siasatan atas kes ini.

Sumber: Siakapkeli

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0