Semua manusia ada bakat yang dianugerahkan yang tersendiri sama ada didedahkan kepada umum atau pun bakat yang tersembunyi. Itulah kisah sebuah video yang kini viral di laman sosial yang memaparkan seorang lelaki atau food rider bermain piano secara suka-suka ketika menghantar makanan kepada pelanggan.
Lelaki tersebut dikenali sebagai Amirullah mempunyai bakat besar bermain piano seperti yang dikatakan netizen selepas rakaman video beliau bermain piano telah mendapat perhatian warganet selepas Amirullah bermain alatan itu dan dirakamkan oleh Izat Yuan yang kebetulan berada di tempat tersebut.
Rakaman video yang berdurasi 0.32 saat itu viral di Twitter selepas dimuatnaik oleh Izat Yuan yang menyatakan pekerja penghantar makanan atau food rider berkenaan bermain piano di salah sebuah lokasi penghantaran makanan kepada seorang pelanggan.
Bile customer lambat sangat pick up food, piano dulu seround.. feling habis dia main tu.. gudjob brother pic.twitter.com/BYwAvH8Kyl
— Izat Yuan (@IzatYuan) April 11, 2020
Menurut Amirullah, dia bermain piano tersebut secara suka-suka dan pada ketika itu dia baru sahaja selesai menghantar makanan dan ingin menuju ke motosikal miliknya. Secara tiba-tiba dia ternampak sebuah piano berada di lokasi tersebut.
Disebabkan itu dia mengambil peluang dengan memainkan piano tersebut dengan lagu Kisah Cinta Kita yang dinyanyikan oleh Hafiz Suip serta lagu Havana yang dinyanyikan oleh Camelia Cabello.
Walau bagaimanapun, dia tidak sedar semua gerak gerinya ketika bermain piano telah dirakamkan seseorang iaitu Izat Yuan yang melihat Amirullah bermain piano sejak dari awal sehinggalah Amirullah berhenti mengalunkan lagu-lagu tersebut.
Apa yang mengejutkan Amirullah, dia tidak tahu rakaman itu telah dimuatnaik sehingga jadi viral malahan mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata di antara memuji bakat yang ada di dalam diri Amirullah seperti seorang pemain piano professional.
— Amirullah (@Swagggys) October 28, 2019
Menurut Amirullah, dia bukanlah pemain profesional seperti yang dikatakan ramai netizen. Malahan dia hanya mempelajari cara bermain piano melalui video di YouTube dan langsung tidak pernah menghadiri sebarang kelas muzik yang mengajar bermain piano, katanya.
Baca : Dua Lelaki Cuba Samun Motosikal YSuku Diburu Polis
Namun, ramai netizen yang berpendapat bakat yang terdapat pada diri Amirullah boleh diketengahkan dan boleh digilap menjadi pemain piano profesional. Mungkin Amirullah boleh mencuba seperti yang diminta netizen. Semoga Amirullah berjaya suatu hari nanti.
Loading…