in ,

(VIDEO) Gelagat Comel Anak Gajah Merajuk Rebahkan Diri Ke Jalan Tarik Perhatian Netizen Seluruh Dunia

seekor anak gajah yang comel

Anak gajah juga memiliki sifat dan perangai yang hampir serupa dengan kanak-kanak iaitu gemar mencari perhatian dan sekiranya tidak mendapat sesuatu yang diinginkan atau tidak diendahkan oleh ibunya, kanak-kanak akan merajuk dan anak gajah juga mempunyai sikap sedemikian.

Di dalam video di bawah, anak gajah ini merajuk hingga mencampakkan dirinya ke tengah jalan. Anda pasti terhibur melihat seekor anak gajah ini yang kelihatan seperti perangai manusia atau perangai kanak-kanak sekarang.

Ia kelihatan seperti anak kecil yang tidak mendapat permainan yang diinginkann, anak gajah ini cuba untuk menarik perhatian ibunya serta turut mengulingkan dirinya ke tengah jalan sebagai tanda protes atau kerana inginkan permintaannya dipenuhi, mungkin.

Sedang anak gajah ini membiarkan dirinya terbaring di tengah jalan itu, tiba-tiba beberapa gajah dewasa yang lalu berdekatannya hanya membiarkan anak gajah ini merajuk seorang diri seperti yang dilakukan kebanyakan ibu bapa apabila anak kecil mereka merajuk.

Akhirnya, anak gajah yang tantrum ini bangun selepas gelagatnya itu tidak dilayan oleh mana-mana gajah dalam kumpulannya seolah-olah ia sedar bahawa rajukannya itu tidak dilayan dan tidak memberikan apa-apa perubahan atau keinginannya itu tidak tercapai walaupun berbuat demikian.

Sumber: Siakapkeli.my

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments