in

(VIDEO) Gosip Sajat Dikatakan ‘Skandal’ Terbaru Pelakon Kacak Fattah Amin

Kecoh di laman sosial selepas satu rakaman video yang memaparkan satu penggambaraan sebuah drama yang telah dilakonkan oleh Nur Sajat, usahawan kosmetik jadi perbualan netizen.

Melalui rakaman video tersebut Sajat dilihat tampil anggun dengan mengenakan gaun hitam serta bergincu merah sedang melakonkan watak yang diberi padanya bergandingan dengan pelakon kacak yang menjadi pujaan ramai peminat wanitanya, Fattah Amin.

Memetik laporan Mstar, Sajat memaklumkan bahawa dia membuat kemunculan khas dalam drama bersiri tersebut yang bertajuk Coffee Prince di bawah arahan Michael Ang yang telah menarik perhatian ramai sehingga menjadi kontroversi panas sebelum ini.

Menurut Sajat, lakonannya dalam drama tersebut hanya memegang watak kecil iaitu seorang wanita yang berkerjaya dan adegan yang dilakonkan melalui rakaman video tersebut memaparkan sesi suai kenal perkenalan antara Fattah dan Sajat.

Kata Sajat lagi, “mesti ramai tertanya-tanya kami berkenalan sebagai apa kan. Mungkin ‘skandal’ mungkin kenalan. Kalau nak tahu sama ada saya akan jadi ‘skandal’ bagi watak yang dilakonkan Fattah, kenalah tonton drama ni nanti,” jelasnya.

Difahamkan, lakonannya pada kali ini bukanlah lakonan yang pertama baginya, dia juga pernah berlakon di dalam filem Ophillia yang dikeluarkan pada tahun 2014 sebagai pelakon tambahan selain berpengalaman dalam pementasan teater yang membuktikan Sajat tidak lagi kekok berhadapan dengan kamera.

Ditanya adakah gemuruh digandingkan bersama Fattah, Sajat menyifatkan dia selesa dengan sikap pelakon pujaan ramai itu yang mudah bekerjasama.

“Fattah seorang yang sangat positif dan terbuka. Lagipun kami dah buat latihan dahulu sebelum sesi penggambaran.

“Michael pun ada beri tips dan penerangan dari segi jalan cerita dan situasi lakonan. Jadi, lebih memudahkan Sajat untuk memegang watak tu. Lagipun Sajat memang wanita berkerjaya seperti sekarang. Jadi, tak ada masalah,” katanya.

Biarpun kemunculannya dalam drama bersiri berkenaan terlalu singkat tetapi usahawan kosmetik itu mengharapkan lakonannya itu dapat memberikan impak yang besar kepada semua penonton.

“Saya terima tawaran berlakon daripada Michael ni pun disebabkan watak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam drama ini.

“Saya juga berharap drama ini nanti mendapat rating yang bagus sebab ia melibatkan pelakon-pelakon yang popular seperti Fattah termasuk Janna selain pengarahnya yang hebat dan versatil,” kata Nur Sajat.

Coffee Prince adalah sebuah drama yang diadaptasikan oleh drama Korean yang dilakonkan oleh pelakon asalnya Gong Yoo, Yoo Eun-Hye, Lee Sun-Kyun dan Chae Jung-an, manakala arahan adalah daripada Michael Ang yang dilakonkan oleh Fattah Amin bersama Janna Nick.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0