in

[VIDEO] Hadir Ke Mahkamah Beri Keterangan, Penampilan Bella Seperti ‘Elsa’ Tarik Perhatian

Kes perbicaraan penderaan seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella masih belum selesai. Bagaimanapun, Bella kelihatan hadir ke mahkamah bagi tujuan prosiding untuk memberi keterangan pada pagi ini.

Bella hadir ke mahkamah

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan pada pagi ini ialan pakaian Bella ketika hadir ke mahkamah. Remaja terbabit dilihat mengenakan gaun berwarna biru berserta crown dan tongkat persis Puteri Elsa di dalam filem Frozen.

Biarpun rata-rata warganet memberi pujian terhadap Bella, namun ada juga segelintir yang sebak melihat remaja itu yang terus kuat berjuang menegakkan keadilan dibantu beberapa orang aktivis dan peguam.

Video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Ashaj (@firdausashaj)

‘Comelnya princess Bella’

Sumber : firdausashaj, Mona Din

 

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0