Video lip sync Kak Girl pada kali ini telah mencuri perhatian SRK (Datuk Shah Rukh Khan) sehingga ditweet oleh SRK kerana kekagumannya itu terhadap Kak Girl yang semakin dikenali ini.
Ramai yang tahu betapa minatnya Kak Girl dengan lip sync dan suami Kak Girl (KG) juga dikatakan sangat sporting. KG mempunyai pengikutnya yang tersendiri di laman sosial Facebook yang sehingga kini mempunyai 91K follower.
Video Lip Sync Kak Girl Versi Bollywood Yang Buat SRK Tweet
Hi sayang sayang KG semua..tengah buat apa tu? jangan stress stress ya, hidup kena sentiasa ceria.. buangkan aura aura negatif..ambil yang positif je, kalau suka comment <3 sikit…
Posted by Kak Girl on Thursday, 21 September 2017
Memang Husband Macam Tu
Bila SRK tweet kata-kata ini, “Wow!! And the gentleman is so underplayed!!!” Kak Girl rasa ‘happy gila’.
Kak Girl tak terasa hati pun bila SRK kata pasal suami Kak Girl tu, “Actually SRK take it as a joke bila KG joget-joget husband buat tak tau. Pada Kak Girl it’s fine. KG rasa okay je sebab memang husband macam tu. Hahaha..”
Kak Girl Minat Sangat SRK
“Mula-mula tu tak tau sebab saya takde akaun twitter. Kawan dari FB yang tag. Saya kat konti terkejut. Happy gila tak sangka la.
“Sebab saya minat sangat dekat SRK. Tiba-tiba dia tweet pula video saya.” Memang teruja gila-gila laa kan. Kalau kita sendiri mesti terkejut tak terkata.
Sudahlah akui Kak Girl dia paling minat dengan SRK malah Salman Khan. Bayangkanlah orang yang kita minat sangat tu, tiba-tiba beri respond dengan hobi yang kita buat. Tak teruja ke rasanya?
Dah tentu-tentulah minat lip sync KG ni membuatkan dia terkenal bukan saja di Malaysia, malah sampai ke negara India. Wow hebatnya.
“Pada Kak Girl SRK ni hero yang versatile. Very gentleman and sesuai dengan apa saja watak yang diberi. Dia mesti meninggalkan kesan pada setiap watak yang dia bawa. He is si inspiring and lovely.” Ini kata Kak Girl yang juga meminati Sunjay Dutt dan Jackie Shroff, hero otai Hindustan, kata KG kepada Mingguan Wanita.
Pada masa ini, Kak Girl dikatakan bukan sahaja sekadar berlip sync dalam kereta sahaja tau. KG juga dah pun jadi DJ radio di Best FM yang juga dikenali sebagai Best 104. Kalau di Kuala Lumpur frekuensinya 104.1 FM.
Loading…