in

Video Mesra Lisa Surihani & Erra Fazira Dipuji Ramai, Ini Kata Erra!

Kemesraan dua pelakon popular, Erra Fazira dan Datin Lisa Surihani dalam satu majlis ilmu pada Jumaat lalu mendapat pujian net1zen apabila kedua-duanya kelihatan tidak kekok antara satu sama lain.

Menerusi satu video di laman Instagram, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek meluahkan kesyukuran apabila dapat berkumpul dengan rakan selebriti dalam majlis anjuran pendkwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Berdasarkan kapsyen, primadona filem Melayu itu berharap ilmu diterima menjadikan dirinya terus beristiqamah sekali gus dapat menyebarkan manfaat kepada orang ramai.

Alhamdulillah malam yang indah bila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik dan dihormati.. Moga ini menjadi asbab utk kita terus istiqomah mencari syurga..
“Moga dengan izinNya pertemuan pertama ini memberi perspektif baru dalam kita menyebarkan perkongsian kepada semua.. insyaAllah.. amiiinnnn,” tulisnya.

Rakaman rawak berdurasi seminit 30 saat itu memaparkan suasana majlis tersebut sebelum kelihatan Lisa seolah-olah berkongsi rasa gembira sambil berbual dengan Erra serta beberapa pelakon wanita lain.

Meninjau ke ruangan komen, Lisa yang juga isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim ada meninggalkan komen pada posting berkenaan memaklumkan dia gembira dapat berjumpa dengan pelakon filem Pasrah itu.

Nice to see you Kak. Sangat menginsafkan bila dengar perkongisan ustaz. bercampur perasaan takut. Moga hati2 kami ini diteguhkan…
“…supaya sentiasa cuba dan usaha untuk memperbaiki diri dan istiqomah di jalan yang diredhaiNya. Aamiin Ya Rabb,” kata Lisa.

Rata-rata memuji keakraban kedua-dua pelakon tersebut yang bersikap terbuka dan ‘move on’ daripada kisah lama selain menjaga ukhuwah serta siraturahim sesama insan.

Netizen je x blh ‘move on’!

Selain Erra dan Lisa, selebriti lain yang turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Lisdawati, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

 

Written by Ferdaus

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0