in ,

(VIDEO) Niat Pencuri Untuk Menyamun Gagal Apabila Pemilik Kereta Sedang Lakukan Hubungan Intim Dalam Kereta

kes nak mencuri
gambar hiasan

Satu rakaman video yang dikatakan netizen amat melucukan dan mencuit hati apabila paparan video menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai pencuri cuba untuk merompak sebuah kereta tetapi gagal kerana pemilik kereta berada di dalamnya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak di sebuah perkampungan di Chenghuangkou, bandar Wu’an di utara China ini telah dapat merakam aksi seorang lelaki yang melalui di sebuah jalan sebelum dilihat cuba merompak sebuah kereta yang diletakkan di tepi di kampung berkenaan.

Malang bagi pencuri itu apabila ketika dia sedang membuka pintu kereta untuk menyamun, secara tiba-tiba pemilik kereta berkenaan didapati keluar dari kereta dengan keadaan seluarnya yang terlondeh dipercayai sedang melakukan hubungan intim bersama pasangannya di dalam kereta.

Pemilik kereta yang menyedari suspek cuba untuk menyamunnya bertindak mengejar pencuri terbabit sambil memegang seluarnya yang hampir terlucut. Namun, usahanya didapati gagal kerana pencuri berkenaan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

Ekoran kejadian itu, pemilik kereta telah melaporkan tentang kejadian kepada pihak polis dan polis turut melakukan beberapa siasatan selain melalui rakaman CCTV tersebut, malah polis turut bertanya kepada mangsa apa yang beliau lakukan di dalam kereta pada ketika itu. Bagaimanapun soalan polis terbabit tidak mempunyai jawapan.

Jika diperhatikan menerusi rakaman video berkenaan, kereta tersebut kelihatan bergegar seperti berlaku henjutan yang kuat tetapi penyamun berkenaan langsung tidak menyedari akan keadaan itu.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan berpendapat perkara begini amat melucukan dan pencuri terbabit dikatakan bernasib baik kerana pemilik kereta tidak dapat berbuat apa-apa terhadapnya memandangkan dia sedang asyik bercumbu dalam kereta.

Sumber: Koleksi Viral

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0