in

(VIDEO) Pengunjung Pulau Gempar Apabila Menemui Makhluk Gergasi Terdampar Di Persisiran Pantai

Pengunjung di sebuah pulau di Filipina menjadi gempar apabila dikejutkan dengan satu penemuan satu makhluk misteri yang mempunyai saiz agak besar dilihat terdampar di persisiran pantai berkenaan.

Haiwan laut yang bersaiz gergasi itu dipercayai ditemui di perairan Bandar Maasin iaitu salah satu diantara pulau yang terdapat di Leyte, Filipina.

Menurut laporan The Sun, Biro Perikanan dan Sumber Laut, Julius Alpino berkata, pihaknya gagal mengenal pasti apakah jenis dan nama haiwan berkenaan kerana badannya kelihatan semakin mereput seolah-olah telah lama mati.




Menurut Julius lagi, bangkai haiwan yang mempunyai kepanjangan seperti sebuah jet pejuang itu dikhuatiri adalah seekor ikan paus yang telah mereput.

Nujnuj Capistrano, 42, telah berjaya mengambil gambar bangkai haiwan berkenaan sewaktu beliau sedang melalui kawasan tersebut sebelum terlihat binatang yang amat besar itu terdampar di persisiran pantai.

https://www.youtube.com/watch?v=v6y1CyTqDtI

Biarpun dia tidak mengetahui apakah jenis haiwan tersebut dan percaya haiwan tersebut telah pun mati, dia berjaya merakamkan gambar pada ketika itu.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0