in

(VIDEO) Rompakan 3 Penjenayah Bersenjatakan Parang Merompak Wanita Sedang Mencuci Baju Di Kedai Dobi Jadi Tular

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati ketika berada walau di mana sahaja lebih-lebih lagi di tempat awam kerana penjenayah pada ketika ini sering melakukan jenayah tidak mengira tempat dan waktu.

Terbaru, satu rakaman video yang memaparkan satu kegiatan jenayah yang dilakukan oleh beberapa lelaki terhadap seorang wanita yang ketika itu sedang menunggu pakaian yang dicucinya di sebuah kedai dobi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu itu, tiga penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai topi keledar telah bertindak merompak dan merampas barang-barang peribadi milik wanita terbabit ketika berada di premis dobi layan diri.

Ketika kejadian, dua penjenayah dilihat memasuki premis berkenaan dan terus mengacukan parang sebelum merampas barangan peribadi milik wanita tersebut. Selain itu, penjenayah itu juga merompak seorang lelaki yang berbaju seperti yang ditunjukkan melalui rakaman CCTV di premis dobi tersebut.

Lebih mengejutkan, kedua penjenayah tersebut turut merampas dan merentap barang kemas milik wanita itu dan turut merampas beg tangan mangsa sebelum kesemuanya melarikan diri selepas berjaya dalam rompakan itu.

Hati2 kepada yang selalu basuh baju kat dobi layan diri time lewat malam. Kejadian berlaku pada Jumaat lepas.

Posted by Metafora Anafora on Tuesday, 5 September 2017

Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan tidak mengunjugi ke tempat awam tanpa mempunyai ramai orang kerana dikhuatiri perkara yang sama akan berlaku.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

2 Comments

Leave a Reply

    2 Pings & Trackbacks

    1. Pingback:

    2. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    Loading…

    0