in

Video Tikus Sedang Makan Makanan Didakwa Di Hospital Klang Cetus Kemarahan Netizen

Nampaknya tikus semakin bosan makan dengan memakan benda yang sama setiap hari dan ingin pula mencuba makanan manusia untuk perubahan!

Baru-baru ini, video yang menunjukkan seekor tikus sedang berusaha memakan makanan yang kelihatan seperti kubis dari kaunter bufet di sebuah kafeteria, yang kini tersebar di media sosial.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan netizen dikatakan terkejut dengan keadaan itu yang disifatkan tidak bersih.

Menurut New Straits Times, pengurusan hospital itu baru sahaja melancarkan siasatan dalaman untuk mengesahkan sekiranya kejadian itu benar-benar berlaku di kantin hospital berkenaan.

“Setakat ini, kami masih belum dapat mengesahkan bahawa video itu diambil di kantin HTAR,” kata pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming.

“Kami sedang menyiasat untuk mengetahui di mana dan bila video itu dirakamkan, sebelum mengambil tindakan selanjutnya.” Kafeteria itu juga ditutup sejak video itu tersebar agar pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan.

Sumber Facebook & World of Buzz

Walau bagaimanapun, nampaknya ini bukanlah kali pertama kes sebegini yang telah menarik perhatian rakyat Malaysia. Pada 2015, The Star melaporkan bahawa 200 tikus telah ditangkap dari wad HTAR Klang selepas kantin itu dikatakan sebagai kawasan berpotensi pembiakan tikus.

Semoga pihak pengurusan hospital tersebut dapat menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kafetaria itu untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik dan selamat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0