in

Milo Penyebab Masalah Sinus? – Milo Malaysia Tampil Perjelas Dakwaan

Sinus disebabkan milo?

Beberapa hari lalu media sosial menjadi heboh apabila tersebarnya tentang satu dakwaan individu yang menyatakan doktor yang merawatnya di hospital memaklumkan bahawa masalah sinus yang dihadapinya itu adalah berpunca daripada minuman Milo sehingga mencetuskan kebimbangan ramai pengguna di luar sana.

Menurut sumber, lelaki terbabit dikatakan baru sahaja selesai menjalani pembedahan sinus yang dipercayai menelan belanja RM20,000 melalui satu hospital swasta yang tidak diketahui.

Milo
Milo adalah antara jenama minuman paling terkenal di Malaysia. – Britain W.

Apabila tersebarnya dakwaan berkenaan, Milo Malaysia telah tampil bagi menjelaskan dakwaan tersebut di media sosial. Milo turut menafikan dakwaan tersebut dan menanggapnya sebagai satu tuduhan yang tidak berasas.

“Terdapat edaran gambar yang mengaitkan milo dengan kes sinus di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp. Berita tersebut mengandungi maklumat yang tidak berasa. Milo adalah minuman susu, malt dan kokok yang selamat untuk diminum.

@jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kesihatan, sentiasalah merujuk kepada pengamal perubatan, pakar dietetik atau pakar pemakanan yang bertauliah.

“Kami nasihatkan semua untuk semak dulu sebelum menyebarkan di media sosial,” jelas wakil Milo Malaysia.

Kenyataan dari Milo Malaysia
Milo Malaysia perjelaskan keadaan sebenar di laman Facebook rasmi.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Nafyamran telah memuat naik satu perkongsian miliknya berkaitan dengan masalah sinus yang dihadapinya telah menyebabkan penglihatannya dikatakan kabur 90%. Akibatnya dia terpaksa membuat satu pembedahan sinus yang dipercayai dilakukan pada 17 April lalu.

“Faktor utama dan puncanya ialah pemakanan kita dan doktor cakap jangan minum milo. Kalau boleh buang milo terus dari hidup kita.

“Why milo? Terkejut atau tak, jawapan doktor adalah, milo minuman paling teruk sekali. Minuman yang 0 koko dan penuh dengan gula,” jelasnya.

Nafyamran
Via Nafyamran
Kes pembedahan sinus dengan milo
Via Nafyamran
viral kes milo dan sinus
Via Nafyamran
Kes milo yang tersebar
Via Nafyamran

Ekoran tersebarnya tentang permasalahan ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Ezairy M. sallih turut berkongsi pendapatnya mengenai isu berkenaan serta turut menjelaskan minuman milo langsung tidak bersalah.

BETULKAH pesakit sinusitis tidak boleh langsung mengambil MILO sepanjang hidup mereka? Perlu dibuang daripada hidup mereka ke?

TIDAK

1. Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh banyak sebab. Beberapa punca alahan atau allergen memang perlu dielak oleh pesakit resdung.

2. Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit resdung sebahagian besarnya bergantung kepada pesakit itu sendiri.

3. Apabila seseorang mengalami jangkitan sinus yang akut, mereka perlu menjauhi beberapa perkara. Ini bergantung kepada pesakit sendiri. Umumnya makanan dan minuman seperti alkohol, coklat, produk tenusu, gula dan seumpamanya perlu dikurangkan sehingga jangkitan telah berlalu selepas beberapa minggu. Ini kerana jenis makanan ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan keadaan sinus yang berpanjangan.

4. Jika masalah sinus adalah kronik, orang yang dijangkiti perlu mengelakkan jenis makanan untuk tempoh yang lebih lama atau bahkan mengelakkan pengambilan untuk sepanjang hidup mereka untuk mengurangkan kesan jangkitan sinus yang serius, berulang. Ia seperti makanan laut seperti udang, ketam, sotong, sesetengah ikan, ayam dan telur.

5. Perlu diingatkan. TIDAK semua pesakit akan mengalami alahan pada jenis makanan yang sama.

6. Ada pesakit menjadi teruk resdungnya apabila terdedah kepada habuk. Ada tak boleh kena pada aircond. Ada pula alah pada sotong. Ada pula yang tak ada masalah pada ikan, ayam dan coklat. Setiap kita tak sama.

7. Ubah paradigma dan pemahaman kita. Pak Mail tak boleh makan udang, tak semestinya Pak Atan tak boleh juga. Mereka sama, tapi mungkin tak serupa.

Dr. Ezairy M.Sallih
#doktorhidungtelingatekak

Sebenarnya minuman Milo sangat berkhasiat dan menjadi pilihan utama ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, perlu berhati-hati dan jangan terlalu banyak mengambilnya kerana minuman yang bergula biasanya akan menjejaskan kesihatan jika tidak terkawal.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0