in ,

Viral Stesen Minyak Di Kuala Terengganu Paksa Pelanggan Beli Kupon Untuk Guna Tandas

stesen minyak

Biasanya setiap orang yang berhenti di sesebuah stesen minyak adalah bertujuan untuk mengisi minyak serta membeli makanan ringan atau apa saja keperluan sebelum meneruskan perjalanan mereka dan tidak lupa ada yang pergi ke tandas.

Tetapi, pengalaman seorang lelaki ini agak berbeza apabila dia mendakwa bahawa terpaksa membuat bayaran ketika ingin ke tandas di sebuah stesyen minyak di Terengganu baru-baru ini.

Stesyen Minyak
© mStar Online

Memetik laporan mStar, lelaki terbabit seorang pengguna Facebook telah berkongsi tentang insiden yang mengejutkan ramai itu di laman sosial selepas beliau terpaksa membuat pembelian kupon dan mengambil kunci di kaunter sewaktu ingin menggunakan tandas yang disediakan di stesen minyak berkenaan.

“Saya terkejut apabila orang awam yang ingin menggunakan tandas di situ perlu membayar kupon dan mengambil kunci di kaunter.”

Tandas Awam
Gambar Hiasan

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Aziz pada waktu itu singgah di sebuah stesyen minyak Shell di Kuala Terengganu dan niatnya untuk membersihkan bayi kecilnya yang dipercayai berusia 2 bulan.

Walau bagaimanapun, dia sangat terkejut dengan bayaran yang dikenakan itu ‘dalam paksa rela’ yang telah dipraktikkan di stesen minyak tersebut dan akhirnya dia telah membatalkan niatnya selepas itu untuk ke tandas.

Posting Aziz menarik perhatian netizen di laman sosial yang rata-rata di antara mereka mempersoalkan mengapa stesen minyak tersebut mengenakan bayaran sedemikian sedangkan itu adalah satu kemudahan yang sepatutnya diberikan secara percuma kepada pengunjung.

komen netizen
Komen netizen yang menarik perhatian ramai.

Namun, masih ada yang turut bersetuju mengenakan bayaran tersebut kerana menganggap ianya adalah perkhidmatan yang sangat berbaloi.

Ekoran perkongsian milik Aziz yang akhirnya jadi tular, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Shell Malaysia, Datuk Abdul Wahid Bidin dilihat tampil memberikan penjelasannya berkaitan dengan isu tersebut.

“Kalau nak caj pelanggan guna tandas, pastikan service mencapai tahap lima bintang. Bagi saya, kalau service yang diberikan itu lima bintang, caj 50 sen itu adalah berpatutan. Tapi kalau setakat tiga atau empat bintang, tak padanlah nak caj pelanggan.”

“Jika ada stesen yang mahu laksanakan kaedah pembelian bersyarat begitu, pastikan ada pekerja yang menjaga keselamatan pengguna dan kebersihan tandas sentiasa dipantau.”

stesen minyak
Posting yang viral di Facebook baru-baru ini.

Abdul Wahid juga turut memaklumkan bahawa pengusaha stesen minyak tidak mendapat potongan untuk bil Indah Water dan kos utiliti yang harus ditanggung telah meningkat sebanyak 5 kali ganda semenjak tahun 2008. Ini juga mungkin menjadi salah satu sebab mengapa ada stesen minyak yang terpaksa bertindak dengan mengenakan bayaran untuk penggunaan tandas di stesen minyak mereka.

Perkara sebegini akan menyebabkan ramai pengusaha stesen minyak akan mengenakan bayaran seperti ini selepas ini sedangkan kos sara hidup semakin hari semakin meningkat dan perkara ini pasti akan membebankan mereka yang berpendapatan rendah.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments