in

Mak Ayah PERLU & WAJIB Tegur 5 Perangai Anak Ini Dari Kecil Lagi

perangai anak perempuan dan lelaki

Terkadang pasti ada mak dan ayah hilang sabar dengan perangai anak-anak nakal mereka yang merajuk atau membuat perangai dan terlalu aktif atau buas sehingga tidak dapat dikawal untuk meredakan suasana di rumah atau di mana-mana sahaja sama ada di hadapan orang lain.

Seorang ayah pasti jarang berada di rumah dan tidak banyak menghabiskan masa seperti mana isteri atau ibu yang menjaga anak setiap hari dan masa. Untuk menjadi ibu yang sabar dalam mendidik anak pasti bukannya satu perkara yang mudah.

Agaknya bagaimana cara bersabar dengan anak? Bagaimana cara mengawal anak yang aktif atau cara mendidik anak dengan betul? Macam mana cara mendidik anak perempuan 7 tahun atau lebih dan bagaimana cara mendidik anak lelaki dan berbagai persoalan lagi menjadi tanda tanya seorang ibu dan bapa.

Mak ayah yang masih tercari-cari cara untuk mendidik anak mereka dengan betul dan baik disarankan membaca perkongsian Dr Taufiq Razif ini yang menekankan tentang semua ibu bapa WAJIB menegur lima perangai anak seperti yang berikutnya.

Mak Ayah Wajib Tegur 5 Perangai Anak Ini

Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!

Yang keterlaluan ni memang kena ditegur. Tak boleh dah guna alasan ” alahhh..biasa la budak budak “. Sebab tanpa teguran, perangai tak elok ni akan melekat dan menjadi ‘wiring otak’ yang kekal dan susah diubah.

Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil :

1. SUKA MASUK BILIK ORANG

cara mendidik anak nakal

Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore‘ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity‘ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity‘ nya tanpa ganggu privasi orang lain.

Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.

2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP

cara ajar anak hormat orang tua

Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.

Kenapa?

Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian (entitle for attention) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak (unable to tolerate frustation). Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.

Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control‘. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.

3. SUKA MAIN KASAR

cara mengatasi anak aktif menurut islam

Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.

Teguran tu pula mesti ‘on the spot‘. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward‘ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.

4. BUAT BUAT TAK DENGAR

tips anak buat perangai

Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.

Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya. Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.

5. ANAK TERLALU PEMENDAM

bagaimana cara mengatasi anak tantrum

Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.

Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?

Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.

Tu la kenapa kalau anak menangis, jangan la duk tengking mereka. Menangis adalah cara anak kita mengekspresi emosi sedih mereka.

Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!

Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.

Baca juga: Disleksia – Jangan Risau Jika Anak Umur 6 Tahun Lambat Membaca dan Menulis

Semoga perkongsian mak ayah wajib menegur perangai anak amat bermanfaat untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak untuk mendidik anak-anak mereka dengan lebih lagi sebelum meningkat dewasa.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments