Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Waktu Imsak bagi tahun 2018 Masehi seluruh negeri di Malaysia untuk rujukan umat Islam yang menjalani ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadhan tahun 1439 Hijrah yang telah dikeluarkan secara rasminya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai JAKIM.
Waktu Berbuka Puasa dan Waktu Imsak 2018
Waktu berbuka puasa (Iftar) dan waktu imsak (sahur) adalah waktu yang sentiasa ditunggu oleh mereka yang berpuasa. Ibadah puasa di bulan Ramadan bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga malahan kita dituntut untuk menjaga adab berpuasa sama ada menjaga mulut, mata, telinga dan sebagainya supaya puasa kita itu mendapat pahala serta keberkatan dari-Nya.
Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Malaysia
Berikutnya dikongsikan senarai jadual waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri yang terdapat di Malaysia. Sila klik pada pautan setiap daerah, kawasan, zon dan negeri yang dikongsikan. Jadual atau Takwim Ramadan berbuka puasa ini telah dikongsikan oleh JAKIM melalui laman web rasmi di https://www.islam.gov.my.

- Seluruh kawasan di Arau, Kangar dan negeri Perlis
- Zon 1 – Daerah Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
- Zon 2 – Ipoh, Kampar, Batu Gajah, Sungai Siput dan Kuala Kangsar
- Zon 3 – Grik, Pengkalan Hulu dan Lenggong
- Zon 4 – Temengor dan Belum
- Zon 1 – Alor Star, Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
- Zon 2 – Daerah Pendang, Yan dan Kuala Muda
- Zon 3 – Daerah Sik dan Padang Terap
- Zon 4 – Daerah Baling
- Zon 5 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu
- Zon 6 – Pulau Langkawi
- Zon 7 – Puncak Gunung Jerai
- Seluruh kawasan di Pulau Pinang termasuk Georgetown, Butterworth, Seberang Jaya dan semuanya
- Zon 1 – Pulau Tioman
- Zon 2 – Pekan, Rompin, Bandar Muadzam Shah dan Kuantan
- Zon 3 – Temerloh, Maran, Chenor, Bera, Jengka dan Jerantut
- Zon 4 – Kuala Lipis, Bentong dan Raub
- Zon 5 – Bukit Tinggi, Genting Sempah dan Janda Baik
- Zon 6 – Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Fraser
- Zon 1 – Daerah Kuala Terengganu dan Marang
- Zon 2 – Daerah Setiu dan Besut
- Zon 3 – Daerah Hulu Terengganu
- Zon 4 – Daerah Kemaman dan Dungun
- Seluruh Wilayah Persekutuan KL
- Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Mukim Chiku)
Zon 2 – Jeli, Gua Musang (Mukim Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Loji
- Zon 1 – Pulau Pemanggil dan Pulau Aur
- Zon 2 – Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing dan pulau yang berhampiran dengannya
- Zon 3 – Daerah Kluang dan Pontian
- Zon 4 – Daerah Batu Pahat, Tangkak, Muar, Segamat dan Gemas Johor
- Zon Bandar Melaka, Jasin, Alor Gajah, Merlimau, Masjid Tanah, Nyalas dan kawasan yang sewaktu dengannya.
- Zon 1 – Tampin dan Jempol
- Zon 2 – Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu dan Rembau
- Seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Zon 1 – Daerah Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling Jaya dan Shah Alam
- Zon 2 – Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat
- Zon 1 – Bahagian Sandakan Timur – Tomanggong, Sukau, Bandar sandakan, Kota Kinabatangan, Samawang dan Bukit Garam
- Zon 2 – Bahagian Sandakan Barat – Beluran, Temsan, Kuamut, Paitan, Jambongan, Telupid, Tongod dan Pinangah
- Zon 3 – Bahagian Tawau Timur – Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu
- Zon 4 – Bahagian Tawau barat – Bandar Tawau, Balung, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
- Zon 5 – Bahagian Kudat – Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
- Zon 6 – Gunung Kinabalu (Ketinggian 4.101 M)
- Zon 7 – Bahagian Pantai Barat – Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar
- Zon 8 – Bahagian Pedalaman (Atas) – Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan Dan Keningau
- Zon 9 – Bahagian Pedalaman (Bawah) – Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang
- Seluruh kawasan di negeri Sarawak
- Seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan
Nota: Takwim Ramadan dan Jadual Berbuka Puasa dan Waktu Imsak ini juga boleh disimpan sebagai rujukan dalam bentuk fail PDF. Anda hanya perlu memuat turun atau download dengan klik pautan yang berikutnya dikongsikan oleh JAKIM. Sila klik link di bawah:
Jadual Berbuka Puasa dan Waktu Imsak PDF
Baca juga: Adakah Batal Puasa Kita Jika Mandi Wajib Selepas Subuh
Pengertian Puasa
Apakah maksud dan pengertian PUASA? Sebenarnya jika dilihat dari sudut bahasa ia membawa maksud kepada menahan diri dan jika dilihat dari sudut istilah ia bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Syarat Sah Puasa
- Tidak sah puasa jika orang bukan ISLAM dan murtad
- Berakal dan Mumayiz ialah bila sudah tahu beza baik dan buruk
- Bersih dan suci daripada haid dan nifas
- Niat puasa pada tiap-tiap malam
- Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa
- Pada hari yang disahkan berpuasa
Faedah Berpuasa
- Menandakan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang banyak
- Melatih jiwa mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang susah
- Melatih jiwa bersih daripada sifat tamak, sombong dan hasad dengki
- Melatih diri sabar dan tahan menempuh ujian
- Mempraktikkan peraturan dalam kehidupan
- Membersihkan anggota dalaman tubuh badan atau buang toksin dalam badan
- Merehatkan organ dalaman badan yang bekerja sepanjang tahun
- Menjauhkan sifat membezakan kaya, miskin. Kita semua Hamba Allah
- Peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat (Ramadan mempunyai keistimewaan yang tiada pada bulan lain)
Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Taala.
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Puasa Sebulan Ramadan

Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala.
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Baca juga: Cara Bayar Fidyah Online dan Pengiraan Bayaran Tinggal Puasa (2018)
Bacaan Doa Berbuka Puasa

Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin.
Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Semoga perkongsian lampiran Takwim dan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Ramadhan tahun 2018 / 1439 Hijrah ini akan memudahkan lagi semua umat Islam untuk membuat semakan waktu dan masa yang sesuai untuk berbuka puasa dan sahur pada waktu yang tepat dan tenang melakukan ibadah puasa.
Loading…