in

AWAS! Jangan Simpan Wang Kertas Yang Dicemari Dakwat Kekal Mungkin Duit Itu Hasil Rompakan Dari Mesin ATM

wang kertas berdakwat kekal

Pasti ramai yang pernah menerima atau terjumpa wang kertas yang kotor kerana dicemari oleh kesan dakwat yang kekal seperti yang dipaparkan di dalam gambar. Mungkin ada yang tertanya mengapakah keadaan itu berlaku dan adakah ianya masih lagi boleh digunakan atau sebaliknya.

wang kertas
Contoh wang kertas yang dicemari dakwat kekal. © Twitter Malay Mail

Melalui portal Bank Simpanan Nasional (BSN), bank ini telah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila terbabit dalam sebarang urusan transaksi tunai serta tidak harus menerima atau menukarkan mana-mana duit kertas yang telah dicemari tersebut.

BSN turut memaklumkan bahawa wang kertas yang tercemar dengan dakwat kekal tersebut berkemungkinan telah dicuri melalui mesin ATM dan tidak boleh ditukarkan semula selain ianya tidak lagi mempunyai apa-apa nilai selepas tercemar.

APAKAH YANG PATUT ANDA LAKUKAN SEKIRANYA TERIMA WANG KERTAS RINGGIT MALAYSIA YANG TERCEMAR DAKWAT KEKAL?

wang kertas
© Bank Simpanan Nasional

– Jangan terima wang kertas Ringgit Malaysia yang dicemari dakwat kekal.
– Anda perlu melaporkan kepada pihak polis dengan kadar segera dan berikan maklumat berkaitan dengan urusan yang melibatkan wang kertas yang dicemari itu.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Simpanan Nasional di talian 1-300-88-1900.

BACA : Lelaki Ini Terima Lebih RM7K Dalam Akaun Bank Secara Misteri Tapi Tindakan Beliau Selepas Itu Mengejutkan Ramai! Tak Sangka..

Memetik laporan Harian Metro pada Mei 2015, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan Teknologi Hakisan Dakwat iaitu salah satu cara untuk mengotorkan wang kertas tersebut yang berada dalam mesin ATM dengan tujuan menghalang ia digunakan semula selepas dirompak.

duit berdakwat
© Harian Metro

Teknologi tersebut telah dibangunkan oleh syarikat Perancis iaitu Oberthur Cash Protection dengan harapan mampu meningkatkan tahap keselamatan sistem kewangan di Malaysia yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang berteknologi tinggi di mesin ATM.

Laporan itu turut menyatakan bahawa dakwat tersebut akan mengotorkan duit kertas berkenaan dari berbagai sudut dan kesan dakwat itu tidak boleh dihilangkan malahan tidak boleh dicuci, sekaligus menjadikan wang itu tidak bernilai dan tidak boleh digunakan lagi.

Manakala, wang yang telah dirosakkan itu akan lebih memudahkan pihak berkuasa untuk menjalankan sebarang siasatan dan dapat mengesan dengan mudah apa saja cubaan rompakan di mesin ATM tersebut.

Berita dari YouTube pada Mei 2015.

Berikutnya adalah perkongsian dari Huzaidi Hashim di laman Facebook berkaitan dengan wang kertas yang berdakwat.

wang kertas berdakwat
© Huzaidi Hashim

Untuk pengetahuan semua, jika kita menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti dalam gambar ini tak kiralah di kedai atau dmana-mana harap kita jangan menerimanya, kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM.

Semua ATM diseluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat ink kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut.

Apabila mesin ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya ia akan secara automatik akan mengeluarkan dakwat ink wang tunai yang ada dalam mesin supaya perompak tidak boleh menggunakannya. Harap semua lebih peka dan ambil tahu hal ini terutama peniaga-peniaga kecil.

Memiliki wang kertas yang mempunyai kesan dakwat daripada hasil rompakan adalah satu kesalahan. Sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments