in

(VIDEO) Wanita Bertindak Ganas Terajang Mangsa Selepas Pertengkaran Akibat Kemalangan Kecil di KTM Ipoh

Suasana di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh tiba-tiba menjadi kecoh selepas seorang wanita dipercayai telah bertindak dengan ganasnya dengan menendang seorang wanita lain pada petang Isnin lalu yang dikatakan berpunca daripada tidak berpuas hati.

Menurut laporan Astro Awani, kekecohan yang berlaku itu adalah berpunca dengan seorang wanita yang begitu marah dan tidak berpuas hati selepas keretanya dikemikkan oleh seorang lagi wanita sehingga menyebabkan tercetusnya pertelingkahan antara keduanya.

Ketika pertengkaran itu berlaku diantara mereka, kejadian itu turut disaksikan oleh orang ramai yang masing-masing mengambil kesempatan untuk merakamkan kejadian tersebut.

Menerusi rakaman yang diambil oleh orang awam yang telah dimuat naik ke laman sosial memaparkan aksi seorang wanita yang menjerit serta turut menyepak seorang wanita lagi sehingga jatuh terduduk ke atas jalan.

Melalui rakaman tersebut juga dapat didengari setiap percakapan yang diutarakan wanita terbabit yang berbunyi,

“Kalau nak panggil polis panggillah, saya tak kenal dia”.

Wanita yang menjerit-jerit itu dipercayai pemilik kenderaan yang kemek itu dan dapat dilihat tidak teragak-agak untuk menyerang dengan menggunakan kekerasan fizikal terhadap mangsanya.

Selepas tersebarnya rakaman video tersebut, berbagai reaksi dan komen netizen selepas menontonnya, malah ada yang berpendapat tindakan wanita terbabit sebagai sangat keterlaluan serta turut menjatuhkan maruah seorang wanita.

Walau bagaimanapun, sehingga sekarang selepas rakaman tersebut tersebar, tiada berita yang menyatakan bahawa kes tersebut telah dilaporkan kepada polis.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0