in ,

Wanita Dijemput Ilahi Ketika Solat Sunat, Tanda-tanda orang yang meningg4l dalam keadaan baik.

Wanita Dijemput Ilahi Ketika Solat Sunat, Tanda-tanda orang yang meningg4l dalam keadaan baik.

Sesungguhnya aj4l ma ut itu adalah rahsia Allah

Apabila tibanya waktu kem atian seseorang, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat pun. Sebagai umat Islam, kita mahukan pengakhiran hidup dalam husnul khatimah, tetapi semua itu bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan di dunia.

Baru-baru ini, pendakwah bebas PU Syed telah berkongsi satu video di saluran Youtube miliknya yang memaparkan seorang jemaah wanita menngg4l dunia ketika mengerjakan solat dalam keadaan sujud. Berdasarkan tarikh yang tertera pada rakaman kamera pengawasan litar tertutup, kejadian berkenaan berlaku pada 25 januari lepas.

Menerusi kapsyen video, PU Syed mendoakan wanita itu mendapat husnul khatimah selain menyifatkan pemergiannya sebagai kema tian yang dicemburui.

“Kem atian yang dicemburui. Sedang solat qabliah Isyak dalam keadaan berwuduk, dalam masjid, dalam keadaan menutup aurat dan dalam bermasyarakat.

“Hebat. Semoga kema tian menjadi penjaran kepada kita. Cukuplah m4ti itu sebagai peringatan daripada Allah,” tulis PU Syed.

Dijemput Tuhan dalam keadaan berdoa pada Pencipta Yang Maha Esa juga dalam keadaan berwuduk. Pengakhiran hidup yang indah…..Pemergiaan yang menjadi idaman insan namun hanya yang Terpilih melaluinya.. semoga pengakhiran hidup kita juga ketika berbuat amal kebaikan.

BACA : Sujud Terakhir Amalkan Baca Surah At-Taubah Ayat 128-129, Rezeki Masuk Tak Putus

Tanda-tanda orang yang meningg4l dalam keadaan baik

Ramai dalam kalangan kita tertanya-tanya apakah tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan baik (husnul khatimah).Di sini saya akan meringkaskan tanda-tanda seseorang itu meninggal dalam keadaan baik serta beberapa potongan doa untuk mendapatkan pengakhiran baik berdasarkan hadis baginda Rasulullah:

1. Melafazkan kalimah syahadah sebelum meningg4l dunia – Sabda Rasulullah: Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ nescaya dia akan memasuki syurga. – [HR Abu Daud 3316].

2. Meninggal pada hari atau malam Jumaat – Sabda Rasulullah: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. – [HR Al-Tirmidzi 1074].

3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya – Sabda Rasulullah: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. – [HR al-Tirmidzi 982].

4. Seseorang diberikan taufiq dan hidayah serta beramal soleh sebelum dia meninggal dunia – Sabda Rasulullah: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat (RA) bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?” Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. – [HR al-Tirmidzi 2142].

5. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut – Sabda Rasulullah: Sesiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid. – [HR Muslim 1915].

6. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT – Sabda Rasulullah: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah. – [HR al-Bukhari 652].

7. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak – Sabda Rasulullah: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid. – [HR Ibn Kathir 5869].

8. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya – Sabda Rasulullah: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!” “Bagaimana kalau dia melawanku?” Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!” “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid.” “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!” – [HR Muslim 140].

9. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh – Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.” – [HR Ahmad 23372].

10. Meninggal disebabkan penyakit taun – Sabda Rasulullah: dari ‘Aisyah berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid”. [HR Bukhari 3215]

Dengan itu, jika seseorang ingin mati dalam keadaan baik dan diredhai Allah maka hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah dengan doa: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah Kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.

Jika kita jaga Allah, Allah pasti akan menjaga kita. Marilah kita sama-sama merenungi perkara ini dan banyak mengucapkan syukur Alhamdulillah atas nikmat yang tidak terhingga banyaknya kita nikmati semasa dunia ini.

Sumber: Rakanmedianetwork

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0