in

Wanita Ditahan Selepas Mencuri 9 Helai Jubah Disorok Di Celah Kangkang

kes kecurian
Wanita warga asing ditahan selepas mencuri jubah

Seorang wanita warga asing telah ditahan polis selepas dipercayai mencuri sembilan helai jubah dari sebuah pasar raya dan disorokkan di celah kangkangnya di Jalan Habib Hussien, Tawau pada malam semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 malam itu telah disedari oleh seorang pekerja pasar raya berkenaan yang kemudiannya dapat menahan wanita terbabit yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50 tahun ketika berada di pintu keluar dari premis yang menjual pakaian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisoner Fadil Marsus berkata, ketika sebelum kejadian tersebut berlaku, pekerja terbabit telah menyedari akan kehadiran seorang wanita dalam keadaan yang mencurigakan lalu terus memerhati gerak-gerinya yang selepas itu dilihat telah memasukkan beberapa helai pakaian yang diambil dari premis tersebut lalu diletakkan ke celah pehanya.

mencuri
Jubah yang dicuri suspek selepas pemeriksaan dilakukan.

Selepas mencuri, pekerja berkenaan berkata, wanita tersebut dengan selamba seolah-olah tiada apa-apa berlaku berjalan keluar dari premis terbabit sebelum suspek ditahan oleh pekerja kedai berkenaan yang kemudiannya mendapati hasil kecurian ada dengannya selepas membuat pemeriksaan.

BACA JUGA : Taktik Licik Seorang Wanita Ajar Anak Kecil Mencuri Akhirnya Kantoi Apabila Dirakam Melalui CCTV

Menurutnya, mereka mendapati ada sembilan helai jubah yang disorokkan di celah kangkang suspek sebelum suspek diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut dan siasatan.

Kes mencuri jubah
Premis dimana wanita warga asing tersebut mencuri.
wanita mencuri jubah
Suspek

Difahamkan, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis, wanita yang mencuri itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kini telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana telah melakukan kecurian. – Berita Harian.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.