in

(VIDEO) Wanita Melalak di Kedai Makan Sebab Bisnes Netizen Bengang?

video viral wanita melalak

Viral di laman sosial satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang meninggikan suaranya seperti memarahi beberapa individu yang duduk semeja dengannya telah menarik perhatian ramai orang sekeliling.

Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku di sebuah premis restoran yang tidak didedahkan nama tempatnya. Insiden yang tidak dijangka itu dikatakan telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pelanggan yang datang ke premis berkenaan untuk makan.

Melalui perkongsian @jijib0nk yang bertanggungjawab memuat naik rakaman video tersebut di laman Twitter menyatakan bahawa mereka telah pun mencuba untuk menegur tingkah laku wanita terbabit namun respon yang diberikan dikatakan sangat mengecewakan.

“Kitorang dah pun tegur. Kemudian diorang cakap ‘abang pergilah report balai, awak ni siapa?, korang pergilah dari sini, apa masalahnya?”

“Kata sembang bisnes berjuta-juta. Pergilah sewa seminar room!”

“Marah-marah pasal bisnes di public. Bila orang tegur, dia suruh kitorang lak pergi dari sini”.

Kata @jijib0nk melalui perkongsiannya yang dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit yang seolah memperkecilkan tegurannya. Malahan sebagai seorang berniaga atau profesional tidaklah sepatutnya menjawab teguran orang begitu.

Rakaman video tersebut turut menarik perhatian ramai netizen yang menganggap perbincangan dan pertemuan kaki bisnes sekumpulan individu terbabit langsung tidak kena pada tempatnya sehingga menganggu ketenteraman orang ramai.

“Kononnya sembang bisnes berjuta tapi buat mesyuarat kat kedai mamak. Ada betulnya apa orang cakap pergi sewa bilik seminar ke apa,tapi dia bising-bising macam tu. Di mana letaknya sikap profesional dia? Tak hormat orang, marah kalau tak capai target. Gaya MLM sangat akak oiii,” jelas Aditya_flexi.

“Masalahnya diorang bising ganggu ketenteraman orang lain dan orang rasa tak selesa haaaa itu masalah dia eiii geram pulak aku macam nak tampo tudung hijau tu,” ujar AmierulMunawar.

“Cakap je la bisnes kau pun dah nak lingkup, pergi bincang bawah jambatan sana. Sini kedai nak makan, bukan nak dengar kamu memekak macam anjing.” kata Syeradev seperti marah.

Restoran mamak sering dijadikan tempat pertemuan kawan-kawan atau orang ramai, namun haruslah dijaga senstiviti orang ramai kerana mereka yang datang untuk makan dan jangan kerana kita semua pelanggan tidak boleh meneruskan untuk makan makanan mereka kerana ada gangguan.

Satu perkara lagi, jika orang menegur akan kesilapan kita yang dikatakan memang bersalah, mengaku sajalah dan tak perlu menegakkan benang yang basah. Silap haribulan bergaduh jadinya dan lagi parah jadi pulak kes polis tidak ke naya. Apa pun fikirlah tentang kebaikan diri sendiri dan orang lain juga kerana kita berpijak di bumi yang sama.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments