in

Wanita Menyesal Serah 30 Keping Gambar Bogel Demi RM15,000 Selepas Diugut Disebarkan Gambarnya

wanita diugut

Baik lelaki atau wanita, mungkin kerana duit sesiapa sahaja akan melakukannya demi untuk mendapatkan duit sama ada dengan berkerja atau apa sahaja yang boleh mendatang duit akan dibuat tanpa paksaan dan dengan penuh kerelaan demi duit.

Tetapi, sebenarnya untuk mendapatkan duit dengan mudah adalah tidak semudah yang kita fikirkan, malahan jika tersilap langkah, sesiapa saja boleh tertipu angkara duit.

Perkara inilah yang telah berlaku terhadap seorang wanita yang kini menyesali atas perbuatannya sendiri yang dilaporkan telah menyerahkan 30 keping gambar bogelnya kepada seorang lelaki yang dikenalinya menerusi laman sosial aplikasi WeChat pada 1 Disember lalu setelah tertarik dengan tawaran individu berkenaan yang menawarkan RM15,000 kepadanya.

ugut
Wanita sering dijadikan bahan ugutan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Suit, 21 tahun, memaklumkan bahawa dia mengenali individu berkenaan yang menggunakan nama samaran di aplikasi tersebut sebagai ‘LoveBebe2520’ sejak 13 November lalu.

Menurutnya, lelaki berkenaan pada mulanya memperkenalkan dirinya sebagai pelanggan produk makanan yang dijual oleh syarikat tempat dia berkerja.

“Pada 1 Disember lalu, ketika saya berada di tempat kerja di Jalan Datoโ€™ Onn, individu itu menghubungi saya lagi dan kami berbual menerusi aplikasi itu seperti biasa.

Menurut Suit lagi, lelaki terbabit telah menawarkan kepadanya duit sebanyak RM15,000 sekiranya Suit bersetuju menyerahkan gambar-gambar bogelnya itu kepada majikannya.

Suit berkata, individu itu berjanji akan memadam gambar terbabit dalam masa tiga hari selain menghantar wang yang dijanjikan pada sebelah petang di tempat kerjanya.

“Pada jam 3 petang, selepas saya menyerahkan gambar bogel kepadanya, saya menghubunginya melalui WeChat namun dia memberitahu dia hanya main-main saja.

wanita
Wanita ini diugut oleh lelaki yang telah mendapat gambar-gambarnya. – Gambar Hiasan

Malah, individu berkenaan telah meminta Suit untuk memasukkan duit sebanyak RM5,000 ke akaun yang diberikan olehnya, sekiranya Suit gagal memenuhi permintaannya itu, lelaki terbabit mengugutnya akan membuat penyebaran gambar bogelnya itu, jelasnya lagi.

Menurut Suit, dia kemudiannya memaklumkan perkara terbabit kepada keluarga serta majikannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan Bharu, Rabu lalu.

Melalui siasatan pemeriksaan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa, nombor akaun yang diberikan oleh individu berkenaan kepada Suit didapati pemiliknya adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Samy Muthu iaitu seorang lelaki berbangsa India, lapor Harian Metro.

Ketua Biro Aduan MCA Perak Jimmy Loh berkata, ia kes pertama diterima pihaknya membabitkan ugutan penyebaran gambar bogel.

ugut
Suit bersama Jimmy di Pusat Khidmat & Aduan MCA Perak. – Harian Metro

“Orang ramai terutamanya wanita diminta tidak terpedaya dengan tipu helah individu yang mahu menawarkan wang semudah itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Inilah padahnya apabila terlalu mempercayai orang yang tidak dikenali dan hanya dikenali di laman sosial. Mengapa harus mempercayai orang sebegini? Berhati-hatilah anda semua terutama wanita, elakkan percaya pada orang anda tidak pernah bersua muka.

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja