in

Akibat Kecewa Kekasih Terpaksa Kahwini Gadis Pilihan Ibu Bapa, Wanita Potong Alat Sulit Kekasih Sehingga Cedera

Dalam sesebuah percintaan, perpisahan adalah sesuatu yang amat menyakitkan dan mengecewakan sehingga ada yang tidak sanggup berhadapan dengan situasi sebegini.

Begitu juga yang berlaku kepada seorang wanita yang dipercayai telah bertindak di luar kawalannya selepas hubungan cintanya bersama pasangannya itu diputuskan oleh lelaki terbabit selepas lelaki berkenaan membuat keputusan untuk mengahwini wanita pilihan orang tuanya.

Daily Mail melaporkan, kejadian yang amat mengejutkan itu telah berlaku di daerah Malapurram, di sebuah bandar yang terletak di Karala, India. Sewaktu kejadian itu berlaluk, lelaki yang berusia 26 tahun itu yang bernama Irshad telah bertemu dengan teman wanitanya untuk kali terakhir selepas terpaksa bersetuju mengahwini gadis pilihan ibu bapanya.

Walau bagaimanapun, teman wanitanya itu yang berusia 30 tahun dikatakan telah berniat untuk membalas dendam terhadap Irshad selepas keputusan yang dibuat oleh Irshad itu dia tidak dapat menerimanya kerana amat mencintai lelaki berkenaan.

Wanita terbabit dikatakan telah memasang niat dalam diam sebelum dia menjemput Irshad datang ke sebuah rumah tumpangan di Kattipuram, India sebagai pertemuan mereka untuk kali terakhir dengan niat untuk memberikan hadiah perpisahan kepada lelaki tersebut.

Menurut polis, sebaik sahaja Irshad tiba di lokasi kejadian, wanita tersebut dikatakan terus bertindak memotong alat sulit mangsa dengan menggunakan sebilah pisau yang dbawanya.

Ekoran serangan yang amat mengejutkan itu, Irshad dikatakan telah menjerit sekuat hati disamping mengerang menahan kesakitan yang amat sangat selepas terkena libasan pisau yang dilakukan wanita berkenaan.

Ketika kejadian itu, tetamu yang berada bersebelahan rumah tumpangan tersebut dikatakan dapat mendengar jeritan Irshad sebelum bertindak keluar dari bilik mereka dan dengan segera mendapatkan Irshad yang ketika itu sedang berlumuran dengan darah.

Irshad akhirnya telah dikejarkan ke Hospital MIMS di Kozhikode bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan yang serius di bahagian kemaluannya.

Sejumlah gambar dan video yang memaparkan Irshad yang sedang terbaring ketika menerima rawatan di hospital tersebut didapati telah tersebar secara meluas di laman sosial. Menerusi paparan tersebut Irshad dilihat masih mampu menunjukkan tanda bagus biarpun ketika itu beliau sedang menahan kesakitan.



Melalui kenyataan rasmi pihak polis, suspek kes kejadian itu telah pun ditahan serta dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan bagi menjalankan siasatan.

Difahamkan, sebahagian daripada kemaluan mangsa juga telah terbelah akibat serangan yang dilakukan suspek. Irshad juga telah dipindahkan dari hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan pakar memandang kecederaan yang dialaminya begitu serius.

Pihak polis dikatakan turut enggan membuat pendedahan tentang kejadian tersebut memandangkan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0