in

Wanita Sarat Mengandung Ditahan Polis Kerana Halau Anak

ibu halau anak

Apalah nak jadi dengan seorang ibu ini yang sedang sarat mengandung 8 bulan sanggup berbuat begini terhadap anak sendiri. Wanita dan suaminya yang juga bapa tiri kepada budak lelaki yang berumur 9 tahun telah ditahan polis kerana dipercayai telah memukul dan turut menghalau budak kecil tersebut dari rumah mereka.

Manakala, menurut sumber, anak lelaki wanita itu dikatakan telah dijumpai belakang Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, Kedah dalam keadaan yang kebingungan. Apalah yang boleh dilakukan budak sekecil ini dan ke manakah dia harus pergi sedang tidak mempunyai duit sendiri.

Menurut laporan sebuah portal online, budak tersebut dijumpai bersama dengan sebuah beg pakaian yang mana di dalamnya terdapat penuh dengan pakaian miliknya yang berkemungkinan telah disiapkan oleh ibunya atau dia sendiri sebelum dia dihalau ibunya.

anak kecil
Kesian budak ni, tak tau apa-apa dihalau oleh ibu kandung sendiri.

Ekoran curiga dengan hal berkenaan, budak lelaki itu telah dibawa oleh orang ramai yang menemuinya kepada pihak berkuasa untuk disiasat keadaan seterusnya dan kemudian budak tersebut turut dibawa oleh pihak polis ke hospital memandangkan terdapat beberapa kesan lebam pada pipi dan betisnya.

Setelah siasatan dibuat ke atas budak tersebut, dia memberitahu bahawa dia telah dipukul dan turut dihalau oleh ibu kandungnya sendiri dan juga bapa tirinya. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan anak ini dihalau. Walau sebesar manapun kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukannya, seorang ibu tidak sepatutnya berbuat demikian untuk menghukum.

Apabila pihak berkuasa berjumpa dengan kedua ibu bapa budak itu, mereka telah mengakui ada memukulnya dengan tujuan untuk mendidik. Anak itu dimarahi keluarga lantaran kerana sering bermasalah dan agak degil. Kerana itu dia dipukul dan dihalau. Kes ini kini di bawah siasatan polis. Sumber

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0