in

Wanita Vietnam Makan Tikus Yang Dimasak Untuk Kelihatan Cantik & Awet Muda

Kita sering mendengar dan melihat ramai wanita terutamanya di Korea Selatan yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya semata-mata untuk kelihatan cantik dengan menjalani pembedahan plastik yang dikatakan terbukti keberkesanannya.

Jika di Malaysia atau pun di Indonesia, kebanyakannya mengamalkan ubat-ubatan tradisional dan juga jamu yang dipercayai mampu memberikan kesan kepada si pengamalnya yang biasanya bertujuan untuk awet muda dan tampil cantik.

Tetapi berlainan dengan wanita-wanita dari Vietnam apabila cara mereka untuk jadi lebih cantik sangat berbeza dari rata-rata wanita di negara lain. Mungkin sesetengah orang pasti beranggapan cara mereka sangat kotor dan dijijik selepas melihat mereka mengamalkan perkara yang agak pelik ini untuk cantik.

Sumber: Daily Mail

Menurut sumber, sebenarnya mereka bukannya tidak mempunyai pilihan lain tetapi dengan cara memakan daging tikus dikatakan sebagai cara yang sangat berkesan untuk mengekalkan keremajaan diri dan kecantikan yang terbukti sangat baik.

Difahamkan, perkara ini sudah lama mereka amalkan dan kaum wanita di negara berkenaan dikatakan sudah biasa dengan tabiat makan sebegini yang kebanyakan mengamalkannya.

Sumber: Daily Mail

Walau bagaimanapun, jangan sesekali salah anggap kerana tikus yang dimakan mereka bukanlah dari jenis tikus yang berkeliaran di kawasan pembuangan sampah dan kekotoran, sebaliknya tikus yang digunakan mereka adalah tikus sawah yang menjadi pilihan kerana ianya lebih bersih disebabkan tikus tersebut hanya memakan padi dan juga segala tanaman yang berada di sawah.

Tetapi, bagaimana untuk membezakan antara tikus sawah dan yang berkeliaran itu? Menurut mereka, tikus sawah mempunyai bulu yang berwarna coklat muda serta mempunyai kepala yang lebih besar dari tikus biasa dan disebabkan itulah harganya menjadi lebih mahal.

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Lebih menarik, daging tikus sawah sangat manis dan biasanya akan digoreng, dimasak sup, kari dan sebagainya mengikut selera masing-masing. Ia juga dipercayai turut mengandungi kansungan asid amino essential yang tinggi selain baik untuk penghasilan kulit yang lebih cantik dan kelihatan muda remaja.

Sumber: Moyiza
Sumber: GWMG
Sumber: OGT
Sumber: WereBlog

Dipendekkan cerita, daging tikus tersebut dikatakan setanding dengan supplement kulit bagi semua wanita di negara Vietnam.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0