in ,

Warga Emas Diundang Tunai Haji Di Mekah Percuma Oleh Raja Salman

tunai haji percuma

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Inilah yang berlaku terhadap seorang warga emas yang berusia 94 tahun selepas beliau diundang oleh Pemerintah Kerajaan Arab Saudi iaitu Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud serta Putera Mahkota Mohammed Salman untuk menjalani ibadah haji di Mekah.

Undangan tersebut dikatakan berpunca daripada video viral warga emas tersebut yang dikenali sebagai Uhi bersama beberapa anggota keluarganya yang meminta kepada Raja Salman dan Putera Mahkota bagaimana hasrat mereka untuk ke Tanah Suci Mekah.

Walau bagaimanapun, video tersebut jadi viral dan tersebar di negara Arab Saudi serta menjadi bualan di negara tersebut sehinggalah dilihat oleh Raja Salman dan Putera Mahkota Arab Saudi yang akhir mengundang warga emas ini untuk merealisasikan hasratnya.

Lebih mengejutkan, selepas video tersebut tular di negara itu, ramai para dermawan Arab Saudi turut menyatakan niat baik mereka bagi menunaikan hajat warga emas terbabit yang turut dikatakan berusia 130 tahun pada mulanya.

Setelah itu, Raja Salman terus mengarahkan supaya warga emas tersebut bersama beberapa ahli anggota keluarganya turut dijemput khas untuk datang ke Kedutaan Besar Arab Saudi di Indonesia yang bertempat di Kuningan, Jakarta Selatan pada Khamis lalu.

Melalui undangan tersebut yang diadakan di Kedutaan itu adalah untuk menyampaikan berita gembira dari Kerajaan Arab Saudi terhadap Pakcik Uhi selepas Raja Salman dan Putera Mahkotanya mengeluarkan arahan dengan mengundangnya untuk menunaikan haji di Mekah, lapor Kompas.

kakek uhi
Ahli keluarga pakcik Uhi ketika berada di Kedutaan Besar Arab Saudi di Jakarta Selatan. – Facebook

Pakcik Uhi dan keluarga telah menjadi tetamu khas untuk ke Mekah berserta dengan segala pembiayaan untuk ke sana telah ditanggung oleh Raja dan Putera Mahkota yang amat disenangi ramai itu.

Semoga pakcik Uhi dan keluarganya dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik dan selamat menunaikan haji sewaktu berada di Kota Mekah. Sesungguhnya setiap orang mempunyai rezeki masing-masing dan rezeki itu datang dalam berbagai bentuk.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Loading…

0

Comments