in

Disebabkan Watak Nurul Ain, Wafariena Terima Ugutan Santau – ‘Tolonglah Jangan Terbawa-Bawa Dalam Kehidupan Realiti’

Watak Nurul Ain Disebabkan Watak Nurul Ain, Wafariena Terima Ugutan Santau – ‘Tolonglah Jangan Terbawa-Bawa Dalam Kehidupan Realiti’

Hanya kerana memegang watak sebagai pemusnah rumah tangga dalam drama siri ‘7 Hari Mencintaiku 3’, pelakon Wafariena mendedahkan bahawa dia menerima ugutan santau daripada penonton yang taksub dengan drama terbabit.

BACA : [VIDEO] Wanita Selamba ‘Sound’ Balik, Geram Selalu Bunyi Baling Batu Atas Siling,

Kena ugut santau sebab Nurul Ain

Menurut pemilik nama sebenar Wafariena Roslan mendedahkan bahawa dia menerima ugutan tersebut melalui direct message (DM) di Instagram.Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, disebabkan Nurul Ain untuk musim ketiga ini, saya menerima bermacam-macam cacian, makian, ugutan itu ini termasuklah santau.Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan dirinya untuk tidak mengambil serius dengan ugutan santau, namun dia perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mengingatkan para penonton bahawa watak Nurul Ain itu hanyalah lakonan semata-mata.

Tolonglah jangan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti tapi saya faham orang benci dan kecam bermakna lakonan saya dalam drama memberikan kesan. Untuk itu, saya bersyukur.

Terbuka terima watak lain,Apabila ditanya mengenai dirinya selesa atau tidak memegang watak antagonis, pelakon berusia 27 tahun itu mengatakan yang dia terbuka untuk menerima watak-watak lain, namun bergantung kepada tawaran dan skrip.

Sebagai seorang pelakon yang masih baharu, saya tak kisah melakonkan watak apa pun. Kalau kena dengan gaya dan skrip, saya akan menjayakan sehabis baik demi kepuasan penonton.Kalau ada yang masih mahukan musim selanjutnya 7 Hari Mencintaiku, itu terpulang kepada penulis skrip, Siti Rosmizah Semail. Kalau mereka panggil saya untuk watak Nurul Ain, saya bersedia pada bila-bila masa, insyaAllah.

Terdahulu, Wafariena pernah diugut untuk disimbah asid pada wajahnya oleh warganet gara-gara karakter Nurul Ain yang tergila-gilakan Khuzairi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang di berikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Sumber : Kosmo

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0