in

Web Hosting Terbaik Malaysia (Pakej WordPress Hosting Murah 2019)

web hosting terbaik Malaysia

Syarikat manakah di Malaysia yang menyediakan web hosting terbaik dengan harga murah mengikut pakej yang boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai website atau WordPress? Jika anda sedang tercari-cari hos web Malaysia yang paling bagus, anda haruslah membuat beberapa kajian sebelum membeli perkhidmatan mereka.

Web Hosting Terbaik Malaysia

Web hosting terbaik bukan hanya kerana menawarkan harga murah dan support yang diberikan cepat dan pantas tetapi anda wajib memastikan plan atau produk yang mereka tawarkan mempunyai kriteria-kriteria yang harus dititikberatkan oleh semua pembina laman web atau WordPress hosting blog agar tiada masalah yang tidak diingini berlaku di belakang hari.

Hosting tempatan dan hosting luar negara masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan pastinya syarikat luar negara yang berpangkalan di Amerika Syarikat juga hebat. Walau bagaimanapun, sebagai pengguna di Malaysia dan website berbahasa Melayu, disarankan menggunakan hosting tempatan saja melainkan pengunjung laman anda adalah dari kalangan antarabangsa atau international.

unlimited hosting murah
Gambar hiasan.

Manakala produk atau pakej yang disediakan oleh syarikat web hosting juga berbeza-beza mengikut permintaan selain kreativiti dan strategi pemilik syarikat itu sendiri untuk membuatkan kelainan. Biasanya pakej yang kerap ditawarkan seperti tiada had atau unlimited bandwidth, disk space dan juga unlimited domain.

Anda sebagai pengguna haruslah bijak memilih hosting yang bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan anda sendiri dan tidak perlulah membazir. Sebaiknya berfikirlah dengan baik untuk merancang dan belilah yang bersesuaian mengikut penggunaan di masa depan.

Kriteria Web Hosting Terbaik Malaysia

Berikut adalah kriteria dan pendapat saya sendiri tentang kriteria web hosting terbaik di Malaysia bagi pengguna seperti saya yang masih baru belajar tentang WordPress dan Blogger. Jangan hanya pandang harga pakej hosting yang murah tetapi dari sudut lain belum tentu ada kebaikannya.

  • Kualiti perkhidmatan server yang reliable
  • Features yang ditawarkan
  • Customer support service yang cepat 24 Jam
  • Harga murah atau mahal bukan persoalan
  • Review atau testimoni pembeli

Web Hosting Server Freak

syarikat server freak
Gambar hiasan.

Laman Media Maklumat yang anda sedang layari ini menggunakan hosting yang paling terbaik di Malaysia daripada Server Freak dan mengapa saya memilih syarikat ini? Kerana terlalu banyak kelebihan selain review atau cadangan yang diutarakan oleh ramai pengguna serta pelanggan dari syarikat ini menerusi laman sosial dan juga enjin carian Google.

Rata-rata pelanggan Server Freak sentiasa memuji kebaikan dan kelebihan Server Freak daripada syarikat lain yang penyedia hosting di Malaysia. Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah kelajuan website seiring dengan kelajuan support yang mereka berikan selain ramah mesra, mereka semua membantu pelanggan walau apa juga masalah tidak mengira waktu walau di pagi hari.

Perkara ini dialami oleh saya sendiri apabila blog ini secara tiba-tiba down dek kerana masalah yang saya sendiri tidak ketahui sehingga membuatkan keseluruhan website tidak boleh diakses. Ketika itu, jam 3 pagi, saya segera menghubungi mereka dan akhirnya website ini beroperasi semula hanya dalam masa kurang daripada 30 minit.

Bayangkan, anda langsung tidak mempunyai pengalaman berkaitan dengan hosting dan coding tetapi anda boleh membina dan menguruskan laman web seperti ini dengan jayanya hanya dengan bantuan daripada support Server Freak secara keseluruhan dan inilah syarikat web hosting di Malaysia yang terbaik bagi saya sendiri.

Mengapa saya memilih Server Freak

  • Jaminan dikembalikan dalam masa 30 hari pembelian
  • 99% purata uptime bulanan dan lebih tinggi
  • Jaminan keselamatan semua website yang dihos oleh Server Freak
  • Customer service 24 jam dan 365 hari yang sentiasa stand by
hosting plan Malaysia
Antara pakej WordPress yang murah ditawarkan oleh Server Freak untuk langganan tahunan.

Biasanya ramai yang salah sangka apabila menghadapi masalah kelajuan website dengan mengatakan ia berkaitan dengan web setting, tetapi sebenarnya boleh dikatakan 80% ianya berpunca dari pihak server atau hosting anda sendiri. Jika hosting yang anda langgan itu terbaik maka baiklah laman web anda itu.

Disebabkan itulah, anda perlu bijak membuat pilihan serta kajian syarikat hosting manakah yang terbaik untuk anda. Berikutnya dikongsikan beberapa kriteria yang harus ada pada syarikat web hosting terbaik di Malaysia untuk memantapkan lagi sesebuah laman web.

Bajet dan Kemampuan

Yang paling utama adalah berkaitan dengan kesanggupan serta kemampuan anda untuk membayar harga hosting yang akan anda gunakan berdasarkan penggunaan dan dari situlah anda pasti akan tahu apakah jenis atau plan yang sesuai atau yang mampu anda beli sama adapakej WordPress Hosting, VPS, Shared Hosting atau pun Dedicated Server.

Speed atau Reliability

Perkara yang paling penting dalam pembinaan sesebuah laman web adalah uptime hosting yang mana ia akan menentukan sama ada laman anda itu dilayari sentiasa tanpa sebarang gangguan atau down yang akan menyebabkan pengunjung laman web anda berkurangan secara tiba-tiba yang mana ia berkaitan dengan web performances atau bounce rate dan beberapa perkara berkaitan.

Server Freak

Jadi, jika anda sedang tercari-cari web hosting terbaik, pastikan anda dapatkan yang mempunyai kriteria-kriteria seperti dinyatakan di atas. Harga yang murah belum tentu perkhidmatan yang diberikan mencapai piawaian yang ditetapkan. Jika anda mementingkan keselesaan dan keselamatan laman web anda, buatlah pilihan yang terbaik dan dapatkan dari Server Freak.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Comments