in

Dapatkan Wifi Percuma di Airport Seluruh Dunia (Free Wifi Password)

free wifi password airport

Wifi Percuma di Airport? Internet sama ada berbayar atau tanpa wayar (wifi) percuma adalah menjadi keperluan bagi semua orang di dunia dan di mana saja kita berada kita memerlukan kemudahan internet untuk berhubung dengan sesiapa saja malahan untuk membuat sebarang transaksi dan juga melayari laman tertentu untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kini, kemudahan internet di kebanyakkan tempat awam boleh dinikmati secara percuma yang disediakan oleh pihak tertentu seperti di perpustakaan, pejabat kerajaan dan sebagainya. Terbaru adalah di lapangan terbang yang mana ia menyediakan wifi percuma di airport kepada orang ramai untuk digunakan.

Adalah sangat penting bagi semua orang yang mengunjungi lapangan terbang untuk mempunyai talian internet kerana mereka harus berhubung dengan sesiapa saja sama ada keluarga dan sebagainya apabila tiba ke sesebuah destinasi.

Kemudahan Wifi Percuma di Airport Seluruh Dunia

how to connect to airport wifi for free
Kebanyakkan airport di seluruh dunia menyediakan internet tanpa wayar percuma.

Perkhidmatan internet tanpa wayar yang disediakan oleh lapangan terbang di seluruh adalah sesuatu yang wajar dilakukan ini kerana semua pelancong yang datang pasti mengalami kesukaran untuk mendapat sambungan internet.

Dengan adanya kemudahan wifi percuma ini pastinya akan membantu ramai pelancong yang datang ke lapangan terbang di sesebuah negara. Kata laluan atau password wifi turut disediakan untuk sesiapa saja yang boleh didapati secara online dengan mudah.

Mulai sekarang sekiranya anda melancong ke mana-mana negara sekalipun, anda tidak perlu lagi risau tentang bagaimana untuk dapatkan akses internet kerana di kebanyakkan lapangan terbang ada menyediakan wifi percuma dan untuk mendapatkan password wifi anda boleh mendapatkan di laman Google Map seperti yang disediakan di bawah:

Cara untuk dapatkan free wifi password di airport seluruh dunia menerusi peta (Google Map) di atas adalah dengan hanya mencari lokasi lapangan terbang di mana anda berada. Hanya dengan klik pada simbol kapal terbang yang berwarna biru bagi mendapatkan kata laluan di airport tersebut.

Sebagai contoh, anda berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), anda hanya perlu klik pada simbol kapal terbang di KLIA dan semua maklumat berkaitan dengan free wifi password di KLIA akan terpapar seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah:

wifi percuma di airport
Via Google MyMaps

Cara-cara untuk mendapatkan kata laluan yang dinyatakan di atas adalah sama dengan di mana-mana airport di seluruh dunia. Anda hanya perlu klik dan buat semakan di mana anda berada, kemudiannya password wifi di airport tersebut akan terpapar.

Kini, anda tidak perlu lagi risau tentang bagaimana untuk mendapatkan capaian internet sekiranya berada di luar negara kerana kebanyakkan lapangan terbang telah menyediakan wifi percuma di airport masing-masing. Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments