in ,

Adakah Sah Wuduk Ketika Mekap Masih Ada? Jawapan Datuk Prof Dr. Muhaya Ini Semua Muslimah WAJIB Tahu

mekap wuduk

Kesempurnaan solat itu adalah bermulanya dengan kesempurnaan wuduk itu dan sekiranya solat kita itu tidak sempurna, pastinya hidup kita juga tidak akan sempurna. Jadi, kunci segala-galanya adalah solat dalam kehidupan seharian kita untuk dunia dan akhirat.

Zaman sekarang, seorang wanita yang mempunyai kerjaya, bersolek dan bermekap adalah perlu biarpun sekadar memakai bedak atau pun gincu. Bagi wanita yang suka tampil lebih cantik tentunya lebih banyak alat solek yang dipakai seperti maskara, eyeliner, pemerah pipi dan bermacam lagi.

wuduk

Walau bagaimanapun, satu perkara yang sering menjadi persoalan dan tanda tanya ramai wanita apabila bermekap, iaitu ketika berwuduk. Namun, penjelasan dari Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad ini melalui Nona pasti akan menjawab segala pertanyaan yang berkaitan dengan wuduk sekiranya sisa make up masih melekat di wajah.

Perkara ini kelihatan ringan dan remeh tetapi ianya adalahsesuatu yang sangat berat. Info ini adalah sangat baik untuk semua wanita yang bermekap. Jadi, bacalah untuk menambahkan pengetahuan selain mendapat ilmu yang baik untuk amalan setiap hari.

Make Up dan Wuduk

“Tadi ada seorang patient datang nak check mata dengan saya. Kemudian dia nak bergambar walaupun dah siap bertelekung untuk sembahyang. Saya tengok matanya, dia dah siap berwuduk tapi eyeliner masih ada.

wuduk mekap

Dia kata takpe Prof, orang kata boleh ambil wuduk macam ni. Jadi saya pun jawab tak boleh, tak sah wuduk. Eyeliner patient tu walau selepas dilap dengan tisu basah pun masih ada sisa yang tertinggal. Terpaksa pakai oil cleanser, barulah bersih dan sah wuduknya.

Saya faham wanita suka pakai eyeliner supaya mata nampak besar. Tapi risikonya adalah tak sah wuduk, malah merugikan masa. Ramai kurang tahu sebenarnya, kelopak mata atas kita adalah sebahagian anggota wudhu.

Berlainan dengan celak. Pakai celak boleh, macam saya pakai ni di kelopak bawah. Ada seorang wanita Arab pernah beritahu, garis bawah mata tu bukan anggota wudhuk. Jadi boleh pakai, macam kita ikut sunah Nabi.

Begitu juga dengan produk mekap mesra wuduk lain yang senang ditanggalkan. Betul boleh pakai tapi masa berwuduk, pastikan ia ditanggalkan.

sah tak wudu dengan make up ni ?

Posted by Prof Dr Muhaya on Monday, 30 October 2017

Saya sebenarnya kasihan dengan ramai di luar sana yang beli macam-macam produk. Saya tak tahulah sempurna ke tidak berwuduk dengannya. There’s no such thing as masih ada maskara atau apa pun ketika wuduk. Sama juga dengan sunblock atau apa saja yang kalis air, jawapannya tak boleh. Lipstik pun sama, especially yang tebal dan susah untuk ditanggalkan.

Saya pernah tanya sorang anak saudara saya di Mekah, macam mana dengan natural oils? Dia jawab boleh. Contohnya kita pakai minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak argan dekat muka kemudian ambil wuduk, itu boleh.

Jadi amalkan membawa sebotol minyak yang kecil ke mana-mana. Minyak zaitun contohnya, untuk cuci muka kita bersih-bersih. Lepas solat nanti, pakailah balik mekap yang kita suka tu.”

Hukum pakai bulu mata palsu?

bulu mata palsu

Prof Muhaya turut memberi pendapatnya tentang amalan membuat extension bulu mata. “Saya bukan ustazah tapi setahu saya hukumnya bila kita menyambung bulu mata atau pakai bulu mata palsu ni berdosa.

Dulu saya pun pernah pakai bulu mata palsu masa shooting Mata Ke Hati. Saya tak tahu masa tu tapi seorang Ustaz ni beritahu BERDOSA.”

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments