in

Zamani Dilihat Menyanyi Dalam Keadaan Bongkok, Masalah Tulang Belakang Semakin Serius, Sayunya!

zamani

Zamani Dilihat Menyanyi Dalam Keadaan Bongkok, Masalah Tulang Belakang Semakin Serius, Sayunya!~ Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi otai dan merupakan vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim atau dikenali dengan nama Zamani Slam. 

Kemunculan beliau dalam sebuah video yang telah tular dipercayai dirakam oleh peminat beliau dalam sebuah majlis.

Video tersebut dimuat naik ke Tiktok oleh akaun (@annasoffiya) dan kemudian dimuat naik semula di platform media yang lain seperti Twitter dan Facebook sehingga mencapai lebih 512K tontonan. 

zamani


Zamani Dilihat Menyanyi Dalam Keadaan Bongkok

Zamani sebenarnya telah disahkan mempunyai penyakit tulang belakang bengkok atau skoliosis sejak beberapa tahun yang lalu lagi sehingga beliau terpaksa mengambil ubat penahan sakit. 

Namun, baru-baru ini tular dalam media sosial, keadaan beliau yang terkini. Belakang beliau kelihatan agak bongkok sedikit kerana penyakit yang dihidapinya. 

Menurut beberapa sumber, beliau sebelum ini tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan mahupun terjatuh. 

BACA JUGA: Gaji Pokok RM1000, Gadis Berjaya Dapatkan Tuntutan RM5000 Kantoikan Majikan Amal Diskriminasi Gaji


Masih Berusaha Hiburkan Peminat

Sejak mula-mula lagi, peminat Zamani menyatakan hasrat ingin memberi bantuan kepada beliau namun, beliau tolak secara baik kerana telah mendapatkan nasihat doktor dan masih ingin berusaha sendiri. 

zamani

“Ramai peminat nak bantu bawa pergi sana sini. Saya belum bersedia sebab tiada masa. Saya pun dah dapat nasihat doktor.

Dia kata saya kan dah 48 tahun jadi tulang macam susah sikit nak buatlah. Kalau operasi pun mungkin ada efek dan peratusan untuk saya baik tak berapa tinggi,” ungkap Zamani dalam sebuah temu bual beberapa tahun yang lalu. 

Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat, Zamani masih lagi menerima tempahan menyanyi untuk menghiburkan para peminat beliau. Suara beliau pun masih boleh tahan berbisa lagi!

zamani


Skoliosis Itu Apa?

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, skoliosis ialah satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Asal perkataan skoliosis adalah dari Yunani Purba yang membawa maksud membengkok.

Tulang belakang bukan sahaja akan bengkok ke tepi malah ia akan berputar pada paksi vertikalnya.

Antara kesannya pada Zamani ialah tidak boleh duduk atau berdiri terlalu lama, rasa sakit dan tidak selesa. Walau bagaimanapun, aset utama beliau (suara) masih sama seperti dahulu lagi. 

“Saya tak boleh nak buat sesuatu benda lama, mungkin kalau berdiri tak boleh lama sangat, akan rasa sengal dan tak selesa, duduk lama pun tak boleh tapi untuk persembahan 90 minit saya cubalah…” 


Para Peminat Doakan Agar Zamani Diberi Kesembuhan 

Melihat keadaan Zamani yang masih lagi berusaha membuat persembahan mendatangkan rasa kagum kepada para peminat beliau. 

“Sedihnya tengok 😭😭😭 Still nyanyikan utk peminat even sakit macamtu. Pastu suara sedap pulak tu. May Allah bless you abang Zamani 😭😭🤍🤍” – via twitter

Rata-rata mendoakan agar beliau segera diberi kesembuhan seperti sedia kala. Ramai juga yang mengimbau kenangan lalu ketika beliau masih sihat dan aktif membuat persembahan di dalam dan luar negara. 

“Allah. Salah seorang penyanyi yang lagu nya ku dengar waktu ku kecil. Teringat kakak ku yang dengar lagu. Lagu konsert yang waktu electric blackout pun ada dalam bentuk kaset. Legendary Singer. 😭😭”, via Twitter. 

Mungkin sebelum ini ada berita yang tidak baik berkaitan beliau kerana dilihat kurus kering, namun sekarang ramai yang mula memahami. 

“ Kesian abang Zamani. Orang tuduh dia amik barang, padahal dia mmg ada penyakit kronik…“ 


Semua Hanyalah Pinjaman

Melihat keadaan beliau membuatkan kita menyedari hakikat bahawasanya apa yang kita miliki hari ini hanyalah pinjaman semata-mata termasuklah kesihatan. 

“Bila tengok keadaan dia, rasa insaf sebentar sebab semua yang kita ada ni hanya pinjaman, jadi bersedialah dengan segala kemungkinan ujian yang Allah akan bagi pada kita, kematian, sakit, kehilangan“, komen peminat beliau. 

Apapun, kita doakan semoga penyanyi legenda, Zamani Ibrahim sentiasa diberikan ketabahan, dilancarkan rezeki dan segera mendapat kesembuhan agar dapat terus menghiburkan para peminatnya. 

Sumber: Twitter/Facebook

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0