in

Amalan Zikir Harian Isnin Hingga Ahad (Amalan Imam Al-Ghazali)

amalan zikir harian

Zikir Harian adalah satu amalan yang amat digalakkan dalam Islam yang mana zikir yang mudah itu bermaksud ingat atau sebut. Terlalu banyak kelebihan dan manfaat yang boleh didapati jika diamalkan kerana selain solat dan bersedekah, amalan zikir harian juga antara satu ibadah kita terhadap Allah SWT.

Wirid atau bacaan zikir harian sepertimana yang menjadi amalan harian Imam Al-Ghazali dalam seminggu, jika kita amalkan mampu untuk kita mencapai darjat yang mulia di sisi Allah SWT. Perkara ini dinyatakan berdasarkan satu hadis yang bermaksud :

Daripada Abu Dzar berkata, beliau bertanyakan kepada Nabi Muhammad SAW :

Sukakah Engkau (wahai Muhammad) untuk memberitahu ucapan apakah yang paling disukai Allah SWT?

Lalu Baginda menjawab: “Subhanallahi wabihamdih” (Maha suci Allah dan segala pujian bagi-Nya).

Amalan Zikir Harian Imam Al-Ghazali

Bacaan zikir sepertimana amalan Imam Al-Ghazali bukanlah sesuatu yang diwajibkan dengan jumlah tepat 1000 kali tetapi itulah amalan zikir harian seorang ulama besar yang ternama dan harus kita ikuti susunan amalan seorang yang alim.

Walau bagaimanapun, jika kita boleh berzikir melebihi 1000 kali sehari dan menjadikan amalan zikir harian itu sebagai rutin, ia tidak menjadi kesalahan malahan amat digalakkan. Lebih baik kita buat daripada tidak membuat langsung.

Amalan Zikir Hari Jumaat 1000 Kali

zikir hari jumaat

Fadhilat dan Kelebihan :

Anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha dan bagi wanita, akan merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.

Amalan Zikir Hari Sabtu 1000 Kali

doa dzikir hari sabtu

Fadhilat dan Kelebihan :

Diberikan ketenangan pada jiwa yang mengamalkannya.

Amalan Zikir Hari Ahad 1000 Kali

zikir hari ahad

Fadhilat dan Kelebihan :

Kehidupan anda akan dipelihara oleh Allah.

Amalan Zikir Hari Isnin 1000 Kali

zikir hari isnin

Fadhilat dan Kelebihan :

Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.

Baca : Amalan Murah Rezeki Paling Mustajab (Pembuka Rezeki)

Amalan Zikir Hari Selasa 1000 Kali

dzikir hari selasa

Fadhilat dan Kelebihan :

Anda akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak.

Amalan Zikir Hari Rabu 1000 Kali

video amalan zikir harian

Fadhilat dan Kelebihan :

Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati anda.

Amalan Zikir Hari Khamis 1000 Kali

zikir hari khamis rumi

Fadhilat dan Kelebihan :

Akan dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. Setiap kali disebut akan tertumbuh satu pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.

Baca : Adab-adab Berzikir Kepada Allah (Penenang Hati dan Membersihkan Jiwa)

Semoga zikir-zikir pendek iaitu amalan zikir harian Imam Al-Ghazali yang dikongsikan akan memudahkan kehidupan anda seharian serta beroleh ketenangan dan kebahagiaan dan juga akan menguatkan lagi iman kita kepada Allah SWT. Sememangnya teramat besar ganjaran yang Allah SWT janjikan terhadap hamba-Nya.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0